Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Menyamar Jadi Pemanggil, Ucapan Suami Elizad Pasal Anak Bikin Sebak
Pelakon dan penyampai radio, Elizad Sharifuddin dikejutkan dengan ucapan menyentuh perasaan daripada suaminya bersempena Hari Wanita Sedunia dalam segmen radio Pagi di Sinar, Sinar FM semalam.
Elizad merupakan salah seorang pengacara radio yang tampil bersama dengan Jep, Angah dan Rahim dalam slot Pagi Di Sinar setiap hari.
Ketika slot berkenaan ke udara, biasanya pemanggil akan menghubungi radio berkenaan untuk memberikan pendapat mengenai sebarang topik. Sempena Hari Wanita Sedunia, topik yang dibincangkan adalah berkisar mengenai wanita di seluruh dunia.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Sinar FM (@sinar_my), terdapat seorang pemanggil ‘misteri’ yang menitipkan ucapan penghargaan kepada wanita disayanginya
Pada awalnya, para kru radio Sinar FM tidak memikirkan apa-apa kejutan di sebalik ucapan yang diberikan pemanggil terbabit.
Namun, identiti pemanggil misteri tersebut mula terbongkar apabila ucapannya lebih tertuju kepada salah pengacara dalam slot berkenaan iaitu, Elizad sendiri.
“Walaupun kita tidak ada zuriat lagi bersama, it’s okay sayang. It’s okay sayang. Just go together, let’s strive and I’m still loving you, Elizad Sharifuddin till Jannah,”
Semua kru termasuk Elizad terkejut apabila mendengar ucapan tersebut dan menzahirkan rasa sebak kepada pendengarnya, lagi-lagi pada insan yang ditujukan itu.
Sementara itu, Elizad mula menitiskan air mata sebak apabila mendengar sendiri ucapan penuh mengharukan yang dibuat oleh suami di hari istimewa tersebut.
Selain Elizad, salah seorang juruhebah dalam slot berkenaan, Angah turut dilihat mengelap air matanya ketika menyaksikan detik-detik yang menyentuh perasaan dalam konti itu.
Apabila menyedari identiti suaminya, Elizad membalas ucapan suaminya dengan ucapan terima kasih dalam nada sebak. Wanita yang memakai baju rona merah jambu turut menzahirkan kesukarannya dalam memenuhi jangkaan orang ramai dalam mendapatkan zuriat.
“Thank you sebab selalu sabar. Yelah sebab orang selalu keep pushing us untuk ada zuriat. Tapi, you orang yang tak pernah tanya pun. You memang hebat,”
BACA: “Itu Je Yang Kami Mampu”, Pengakuan Pedih Mbappe
Sumber: Sinar FM via TikTok