Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
siasatan puluhan bangkai kucing
Kredit: Persatuan Haiwan Malaysia

Penemuan Puluhan Bangkai Kucing: Persatuan Haiwan Malaysia Gesa Veterinar Buat Siasatan

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Penemuan Puluhan Bangkai Kucing: Persatuan Haiwan Malaysia Gesa Veterinar Buat Siasatan

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) — Persatuan Haiwan Malaysia menggesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar membuat siasatan menyeluruh dan komprehensif berhubung penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, 11 Mac lepas.

Penganalisis Jenayah Haiwan yang juga Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika berkata pihaknya menerima aduan berkenaan daripada pemilik rumah itu yang disewa seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun setelah laporan polis dibuat pengadu pada 13 Mac lepas, tidak mendapat sebarang reaksi positif.

Beliau berkata pengadu terpanggil untuk membuat pemeriksaan di rumah berkenaan selepas menerima aduan daripada jiran-jiran yang tidak tahan dengan bau busuk dipercayai datang dari rumah tersebut.

“Ketika pemeriksaan dibuat di rumah berkenaan yang kebetulan tidak berkunci selain suspek yang sedang tidur di dalam bilik, pengadu terkejut kerana menemukan bangkai dan percikan darah di situ.

“Dia kemudiannya melihat ke bahagian dapur sebelum menemui bangkai kucing yang telah dilapah. Dia turut menemukan sebuah tong yang berisi organ kucing selain penemuan sama di dalam peti sejuk,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Arie berkata selain itu, pengadu turut mendakwa terdapat sebuah baldi yang berisi daging dipercayai daging kucing yang baru dikisar suspek.

Setelah mengumpul beberapa bukti berupa gambar di lokasi kejadian, pengadu telah tampil membuat laporan polis.

Bagaimanapun, katanya laporan dibuat tidak dilayan dengan alasan polis tiada kuasa membuat siasatan dan penguatkuasaan, walaupun terdapat Seksyen 428 Kanun Keseksaan (khianat dan membunuh haiwan) di bawah bidang kuasa polis.

Menurut Arie pihaknya telah memaklumkan kes berkenaan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Putrajaya pada 16 Mac lepas supaya siasatan dijalankan secara komprehensif, segera dan menyeluruh bagi mengetahui motif insiden tersebut berlaku.

“Ini adalah kes pertama yang dikesan melibatkan pembunuhan haiwan dalam kuantiti yang banyak di negara ini oleh seorang lelaki tempatan,” katanya sambil menegaskan mahu pendakwaan dibuat di mahkamah terhadap suspek mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 demi keadilan kepada haiwan tersebut.

BACA: Masjid Terbakar Teruk, Yang Lain Hangus Tetapi Al-Quran Tidak Dijilat Api

Sumber: Bernama