Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
gsk malaysia Zyrtec-D
Kredit: GSK

GSK Malaysia Tarik Balik Satu Kumpulan Zyrtec-D

Nur Syahirah Zainoor Hisham

GSK Malaysia Tarik Balik Satu Kumpulan Zyrtec-D

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — GlaxoSmithKline Malaysia (GSK) menarik balik satu kumpulan ‘Zyrtec-D (120mg/5mg Tablets x400) Allergy Relief and Nasal Decongestant Tablets’ dengan nombor kumpulan 321907 dan tarikh luput Januari 2025 dicetak pada pek papan ubat (blister pack).

GSK dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan menarik balik produk itu adalah langkah berjaga-jaga selepas sebahagian unit ditemukan mempunyai kerosakan dan tidak dipek dengan betul.

“Semua pek dan/atau papan tablet daripada kumpulan ini ditarik balik daripada semua peringkat dalam pasaran Malaysia, termasuk yang telah dikeluarkan untuk pesakit.

GSK turut menggesa pengamal perubatan untuk menghentikan preskripsi, pengeluaran, penjualan atau pengedaran produk daripada kumpulan ini, manakala pesakit perlu mendapatkan nasihat daripada penyedia penjagaan kesihatan mereka mengenai rawatan alternatif.

Menurut GSK, buat masa sekarang, tiada bukti bahawa kumpulan lain terjejas dan tiada aduan diterima mengenai produk itu daripada pasaran sejak 2018.

Syarikat berkenaan, bagaimanapun, memaklumkan penarikan itu tidak melibatkan ‘Zyrtec Drop 10mg/ml’, ‘Zyrtec Solution 1mg/ml’ dan ‘Zyrtec Tablet 10mg’, dan pesakt boleh meneruskan pengambilan ubat-ubatan tersebut.

Bagi maklumat lanjut mengenai penarikan produk itu, pelanggan dan penyedia penjagaan kesihatan boleh menghubungi GSK di talian 03-7495 2600, Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang, atau emel di my.corporatecommunications@gsk.com.

“Pesakit yang telah diberi preskripsi dan produk dikeluarkan daripada kumpulan ini dan mempunyai sebarang pertanyaan, perlu menghubungi penyedia penjagaan kesihatan mereka terlebih dahulu.

“Farmasi, klinik dan hospital yang mempunyai produk ditarik balik untuk dipulangkan, sila terus hubungi Zuellig Pharma Sdn Bhd pada 1800-88-1388 atau emel csc@zuelligpharma.com.

“Sebarang perkara berkaitan maklumat keselamatan/ peristiwa mudarat, sila hubungi GSK Pharmacovigilance menerusi emel di drugsafetyinfo.my@gsk.com,” menurut kenyataan itu.

BACA: Kemas Kini iOS 16.4, Pengguna iPhone Boleh Nikmati 21 Emoji Baharu

Sumber: Bernama