Guna Tiga Bahan Je, Ini Cara Mudah Nak Hilangkan “Watermark” Pada Cermin Kereta
Kereta sememangnya sebuah kenderaan mudah alih yang paling popular. Ia boleh digunakan dalam pelbagai keadaan tidak kira sama ada dalam hujan mahupun cuaca yang panas terik.
Tambahan lagi, kereta juga mempunyai pelbagai pilihan jenama dan mesra keluarga. Oleh itu, kereta dapat memuatkan ramai orang dan barangan untuk dibawa.
Bagaimanapun, ia perlu sentiasa dijaga bagi kekal berada dalam keadaan baik. Antara bahagian kereta yang mudah terdedah dengan kotoran dan calar adalah cermin kereta.
Penggunaan kereta dalam tempoh yang lama akan meninggalkan kesan watermark pada cermin kereta. Bagi pemilik kereta, sudah tentu ia boleh menjejaskan pemanduan.
Selain itu, ia menampakkan kenderaan anda kelihatan kusam dan tidak terus. Jika tidak dicuci dengan cara yang betul, kesan watermark masih kelihatan jelas pada cermin.
Namun, usah risau kerana seorang pengguna Twitter, @chairman_GLC mempunyai solusi untuk masalah yang sering dihadapi oleh pemilik kenderaan di luar sana.
Lanjutan itu, mari kita ikuti perkongsiannya di bawah.
Cara Hilangkan Watermark Pada Cermin Kereta
Macam mana nak hilangkan watermark kat cermin kereta? Aku ada buat sikit research cara terbaik dan selamat untuk hilangkan watermark yang mengganggu penglihatan waktu hujan lebat. 10 minit je siap.
From this:

To this:

Tiga barang je yang aku guna:
Air, Magic sponge dan Cerium oxide
BACA JUGA: Kenapa Kereta Sedan Tiada “Wiper” Belakang Macam Hatchback?
Cerium oxide ni memang bahan polish untuk cermin. Selain daripada hilangkan watermark, boleh juga hilangkan calar halus kat cermin kereta. 2-in-1!

Campurkan cerium oxide dengan air. Sampai air tu pekat sikit. Jangan terlalu pekat. Lepas tu gosok guna magic sponge tu kat cermin kereta sampai hilang watermark. Boleh tengok daripada pergerakan air kat cermin kereta tu masih ada lagi atau tidak watermark tu.


Ni hasil lepas buat sebelah je cermin. Hilang terus watermark. Mujarab!

Tengoklah sendiri. Hilang terus watermark tu. Macam cermin kereta baru keluar kedai
Tunggu kering, lepas ni aku nak buat treatment Rain X pulak. Tunggu next thread!

Done buat treatment
Sumber: Twitter @chairman_GLC