Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
suhu panas 37 celcius
Gambar: Philippe Huguen / AFP / File

Suhu Panas 37 Celcius Landa 12 Kawasan Di Semenanjung Malaysia

Iqbal Yasir

Suhu Panas 37 Celcius Landa 12 Kawasan Di Semenanjung Malaysia

KUALA LUMPUR — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan terdapat 12 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-jaga) susulan cuaca panas sehingga hari ini.

Difahamkan, kawasan tersebut termasuklah seluruh Negeri Perlis, daerah Sik, Hulu Perak, Jeli, Kuala Krai, Kinta, Batang Padang, Lipis, Jerantut, Bentong, Raub dan Jempol.

Gambar: Jabatan Meteorologi Malaysia

“Terdapat 12 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) Perlis, Sik, Hulu Perak, Jeli, Kuala Krai, Kinta, Batang Padang, Lipis, Jerantut, Bentong, Raub dan Jempol,” maklum jabatan itu dalam satu kenyataan.

Jelas MET Malaysia lagi, suhu maksimum harian di kawasan berkenaan mampu mencapai antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

“Tahap Berjaga-Jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut,” lapor kenyataan itu.

Dalam pada itu, MET Malaysia turut memaklumkan bahawa seluruh kawasan di Sabah dan Sarawak berada dalam pemantauan. Tambahan lagi, hanya kawasan di Semenanjung sahaja dilaporkan berlaku cuaca panas ini sehingga kini.

BACA JUGA: PM Anwar Timang Cucu Ke-12

Enam Titik Panas Dikesan Di Semenanjung

Semalam, MET Malaysia juga mengeluarkan amaran cuaca panas harian terhadap enam kawasan di semenanjung Malaysia.

Menerusi kenyataan tersebut, enam kawasan yang terlibat termasuklah Kubang Pasu, Sik, Lipis, Jerantut, Bentong dan Jempol.

“Tahap Berjaga-Jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut,” maklum MET Malaysia.

Pada 11 April lalu, daerah Kubang Pasu, Sik dan Kuala Muda turut dilaporkan mengalami suhu panas harian tersebut.

Cuaca Panas Disebabkan Kurang Taburan Hujan

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah, fenomena bahang cuaca panas yang melanda Semenanjung negara berpunca akibat pemanasan permukaan bumi oleh sinaran matahari dan taburan hujan yang kurang, lapor Bernama.

Jelas Helmi, suhu maksimum harian yang direkodkan mencecah 37 darjah Celcius setakat semalam. Ia melibatkan negeri-negeri utara Semenanjung dan pedalaman Kelantan serta Pahang.

“Fenomena ini dijangka tidak berlarutan terlalu lama disebabkan hujan dijangka berlaku di kebanyakan tempat dalam beberapa hari akan datang,” ujarnya sewaktu dihubungi Bernama hari ini.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia