Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Buku perpustakaan 96 tahun
Kredit St. Helena Public Library

Buku Dipinjam Dari Perpustakaan 96 Tahun Lalu Akhirnya Dipulangkan

Syed Faisal Sayed Muhammad

Buku Dipinjam Dari Perpustakaan 96 Tahun Lalu Akhirnya Dipulangkan

Sebuah buku yang dipinjam hampir satu abad yang lalu akhirnya dipulangkan ke perpustakaan dengan denda terkumpul berjumlah ribuan ringgit, lapor Mirror.

Difahamkan bahawa, buku salinan lama ‘A History of the United States’ oleh Benson Lossing akhirnya telah dikembalikan ke Perpustakaan Awam St Helena di California selepas 96 tahun.

Jim Perry memulangkan buku itu semula selepas menemuinya bersama dengan harta peninggalan mendiang isterinya yang bernama Sandra.

Menurut Jim, Sandra dikatakan mempunyai koleksi kesusasteraan yang sangat banyak. Penemuan itu dibuat selepas Jim yang merupakan penduduk Napa sedang membersihkan rumahnya.

Dalam buku tersebut, Jim mendapati terdapat sekeping kad yang bertulis “Perpustakaan Awam Percuma St. Helena, Cal”.

Jim berkata kepada Daily Express AS: “Kotak ini telah disimpan di tempat yang sejuk di rumah kami di mana kami menyimpan buku kami.”

Kredit St. Helena Public Library

Buku itu dipercayai telah dipinjam pada tahun 1927

Jim percaya bahawa buku itu telah dipinjam dari perpustakaan oleh John McCormick iaitu datuk Sandra pada tahun 1927 yang lalu.

Tambah Jim, dia percaya bahawa buku itu telah dipinjam McCormick ketika berusia 55 tahun untuk anak perempuannya Edna May “Babe” dan Ina Hart yang masing-masing berusia 10 dan 13 tahun pada masa itu.

Buku itu kemudiannya diberikan kepada Babe yang meninggal dunia pada 2011 dan menurunkannya pula kepada Sandra yang meninggal dunia pada 2015.

Buku itu ditinggalkan tanpa diusik di dalam sebuah kotak sehingga Jim memutuskan untuk membersihkan rumahnya.

Kredit St. Helena Public Library

Denda sebanyak USD 1,756 (RM8,000) dikenakan untuk pemulangan buku itu. Namun dasar yang diubah oleh perpustakaan pada 2019 telah menyebabkan Jim tidak perlu untuk membayar sebarang denda.

Malah, kakitangan perpustakaan itu lebih berminat untuk melihat apa yang Jim mahu tunjukkan kepada mereka.

Chris Kreiden, pengarah Perpustakaan Awam St. Helena, memberitahu ABC News:” Selepas saya mendapatnya, saya tertanya-tanya sama ada ia adalah salah satu buku asal dalam koleksi kami.”

Kredit St. Helena Public Library

“Saya fikir tidak mungkin untuk kami mengenakan bayaran sebanyak itu pada bila-bila masa.

“Mengetahui bahawa ia dari perpustakaan ini pada puluhan tahun yang lalu adalah sangat luar biasa,” kata Chris lagi.

Malangnya buku itu ditemui dalam keadaan yang teruk dengan tulang belakangnya yang hilang. Ia dilaporkan berharga sekitar 35 sen untuk dibaca dan dinikmati oleh pembaca perpustakaan yang berminat.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Guinness World Records menyatakan bahawa denda buku perpustakaan terbesar yang pernah direkodkan berlaku pada tahun 2003.

Di mana, Emily Canellos-Simms telah memulangkan buku yang telah diperiksa dari Perpustakaan Awam Kewanee, Illinois pada tahun 1955.

Emily menemui buku itu di rumah ibunya selepas 47 tahun dipinjam dengan denda terkumpul sebanyak USD345.

Sumber: Mirror