Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
jangan buat ini masa x-ray gigi nampak macam susuk
Kredit: Facebook Mohd Khairul Izwan

Jangan Buat ‘Ini’ Sebelum X-ray Gigi, Nanti Nampak Macam Pakai Susuk

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Jangan Buat ‘Ini’ Sebelum X-ray Gigi, Nanti Nampak Macam Pakai Susuk

Sejak dari kecil lagi, kita diajar untuk menjaga kebersihan gigi. Di sekolah, kita sudah tentu pernah menerima tetamu seperti jururawat dari klinik pergigian yang datang berkongsi tips penjagaan gigi.

Walapun sudah dididik dengan ilmu penjagaan gigi sejak dibangku sekolah, ia tidak menjadikan golongan dewasa ‘kebal’ daripada berjumpa doktor gigi.

Lazimnya, kita ke klinik pergigian untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan gigi seperti scalling dan sebagainya. Adakalanya, kita juga menjejakkan kaki di klinik ini kerana mahu mencabut gigi yang berpunca daripada masalah tertentu.

Salah satunya kerana masalah gigi ekstra pada rahang atau disebut sebagai hyperdontia. Biasanya, gigi ekstra ini akan menyelit dalam barisan gigi yang sedia ada dan menyebabkan susunan gigi menjadi tidak teratur.

Selain itu, ia turut menyebabkan gusi menjadi bengkak dan menyukarkan individu tersebut untuk menjamah makanan dan mengalami kesakitan.

Kaedah untuk mencabut gigi ekstra ini juga tidak semudah mencabut gigi susu ketika zaman kanak-kanak. Kebiasaannya, gigi kekal akan mengisi tempat yang pernah diduduki gigi susu sebelumnya.

Ini memudahkan gigi susu untuk dicabut kerana gigi kekal yang tumbuh di bawahnya akan menolak gigi susu kehadapan.

Berbeza pula dengan gigi ekstra, terdapat kemungkinan ia tumbuh bak kata orang ‘ikut suka hati dia sahaja’.

Maka, pembedahan perlu dilakukan jika gigi ekstra tidak tumbuh mengikut susunan yang sepatutnya. Sebelum membuat pembedahan, pihak doktor akan memeriksa kedudukan gigi tersebut menerusi kaedah x-ray.

Ingat ambil susuk, doktor gigi nasihat wanita untuk tidak lakukan ini ketika mengambil gambar x-ray

Walau bagaimanapun, seorang doktor gigi di Facebook, Mohd Khairul Izwan menasihati orang ramai untuk tidak melakukan ‘ini’ semasa mengambil gambar x-ray.

“Orang perempuan kalau perlu ambil x-ray di bahagian muka atau melibatkan kepala, jangan lupa untuk tanggalkan semua pin tudung yang ada ya.

“Nak lebih baik, jangan pakai tudung yang perlu banyak sangat lilit sana lilit sini sampai kena pakai pin banyak-banyak.

“Ya, kami faham perempuan dengan pin tudung ni memang tak dapat nak dipisahkan, tapi berpada-padalah,” jelasnya.

Beliau menasihati kaum wanita untuk memakai tudung yang ringkas ketika mengambil gambar x-ray untuk gigi masing-masing.

“Bukan apa, takut tak pasal-pasal doktor ingat anda pakai susuk pula lepas tengok x-ray anda,” gurau Khairul.

Sungguhpun begitu, pemakaian aksesori ataupun objek sebarangan dapat mempengaruhi gambar x-ray anda secara umum.

Perkara ini boleh menyebabkan kekeliruan kepada pihak perubatan, khususnya ahli radiologi berkenaan apa yang sebenarnya ada pada badan anda.

Bukan itu sahaja, objek-objek ini juga boleh menutup imej penting yang ingin dilihat pakar perubatan dalam tujuan mendiagnos penyakit.

Oleh sebab itu, orang ramai disarankan merujuk nasihat pakar dan memakai pakaian ringkas sebelum mengambil gambar x-ray.

BACA: Tips Mudah, Set Macam Ni Nak Elak Orang “Add” Masuk “Group” Telegram Bukan-bukan

Sumber: Mohd Khairul Izwan via Facebook