Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
mizz nina bernikah
Kredit: Mizz Nina/Instagram

Mizz Nina Umum Sudah Bernikah Dengan Pilihan Hati

Nurhanis

Mizz Nina Umum Sudah Bernikah Dengan Pilihan Hati

Selebriti tanah air, Mizz Nina mengumumkan telah selamat bernikah bersama pilihan hatinya, Essam Muhammad dalam satu majlis pernikahan tertutup yang dihadiri keluarga dan kawan rapat, baru-baru ini.

Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkongsi berita gembira itu di Instagram peribadi miliknya pada hari ini.

“Saya ingin kongsikan kepada anda semua iaitu pengumuman rasmi bahawa saya baru sahaja berkahwin (nikah) pada suku ke-2 2023, kepada suami tercinta Essam Muhammad, dalam majlis peribadi bersama keluarga dan rakan rapat,” tulisnya.

Nina turut memuat naik gambar bersama pasangannya yang memakai pakaian serba putih yang juga dipercayai diambil selepas pernikahan mereka.

Tambah aktivis kemanusiaan berusia 43 tahun itu, beliau teruja untuk menjalani lembaran baharu dalam hidupnya.

“Alhamdulilah, dengan restu ibu bapa kami berdua dapat menyempurnakan separuh lagi keperluan agama masing-masing.

“Allah adalah sebaik-baik perancang, dan telah menulis bab kehidupan kita ini dengan begitu indah.

“Kami berdua telah mendedikasikan hidup kami untuk dakwah. Kami berkongsi matlamat dan aspirasi yang sama serta teruja untuk lembaran baru dalam hidup kami,” ujarnya.

Nina juga memaklumkan akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan secara tertutup di ibu kota tidak lama lagi.

BACA: Noh Salleh, Mizz Nina Sah Bercerai

“Kami sentiasa bersyukur kepada Allah, keluarga dan kawan rapat kami.

“Kami menghargai sokongan, kasih sayang dan doa anda. Kami berdoa dan mengharapkan yang terbaik untuk semua,” katanya.

Untuk rekod, Nina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Noh Salleh pada 2011 namun bercerai pada Ogos tahun lalu.

Mereka turut mengambil anak angkat yang diberi nama Musa.

Beberapa bulan lalu, Nina turut menerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 14444H/2022M bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan.

Sehingga kini beliau dilihat aktif melakukan kerja-kerja sukarelawan terutama sekali menjalankan misi kemanusiaan di Syria, selain turut dijemput ke pentas majlis ilmu sebagai salah seorang penyampai inspirasi.

Sumber: Mizz Nina/Instagram

BACA: Saya Taknak Terus Terbawa-bawa Perasaan Sedih, Hidup Mesti Diteruskan – Mizz Nina