Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kapal selam titan
Kredit AFP

Isu Mengenai Keselamatan Dikemukakan Sebelum Kapal Selam Titan Hilang

Syed Faisal Sayed Muhammad

Isu Mengenai Keselamatan Dikemukakan Sebelum Kapal Selam Titan Hilang

LONDON, 21 Jun (Bernama-dpa) – Isu mengenai keselamatan kapal selam Titan yang hilang ketika melakukan ekspedisi meneroka bangkai kapal Titanic telah dikemukakan sebelum ini, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Titan yang membawa lima penumpang termasuk jutawan British, Hamish Harding terputus hubungan dengan pengendali pada Ahad semasa berada kira-kira 435 batu (700 km) di selatan St John’s, Newfoundland.

Pengawal Pantai Amerika Syarikat pada Selasa menganggarkan bahawa kapal OceanGate Expeditions berukuran 6.7 meter itu hanya mempunyai bekalan oksigen selama 40 jam.

Baca: “Terus Capai Red & Black,” Wan Chai Cuak Kena Ganggu Ketika Live, Tiba-Tiba Semua Member Lesap Diganggu ‘Makhluk Halus’?

Individu-individu lain yang berada di atas kapal selam itu adalah Shahzada Dawood, anak lelakinya, Suleman, dan ketua pegawai eksekutif serta pengasas OceanGate, Stockton Rush, yang didakwa bersama penyelam terkenal Perancis, Paul-Henry Nargeolet.

Difahamkan bahawa Raja Charles III turut mengikuti perkembangan mengenai usaha pencarian kapal selam itu kerana Shahzada Dawood merupakan penyokong tegar The Prince’s Trust International dan The British Asian Trust, kedua-duanya merupakan badan amal yang ditubuhkan baginda.

Berikutan usaha mencari kapal selam semakin dipergiat pada Selasa, terdapat dakwaan bahawa seorang bekas kakitangan OceanGate mengemukakan kebimbangan mengenai “isu keselamatan dan kawalan kualiti berkaitan Titan kepada pihak pengurusan eksekutif syarikat itu,” menurut fail mahkamah.

Bekas pengarah operasi marin OceanGate, David Lochridge mendakwa pada Ogos 2018 bahawa dia telah dipecat secara salah selepas menyuarakan kebimbangan mengenai “penolakan syarikat untuk menjalankan ujian ‘non-dectructive’ ke atas reka bentuk eksperimen”.

Selepas “isu kawalan kualiti” Titan dikemukakan, dalam dokumen itu dinyatakan bahawa Rush meminta Lochridge menjalankan laporan “pemeriksaan kualiti” terhadap kapal selam terbabit.

Semasa proses ini, Lochridge “mengenal pasti pelbagai isu membabitkan keselamatan” tetapi mendakwa dia ” menerima layanan dingin dan dinafikan akses” kepada dokumen yang diperlukan sebelum akhirnya dipecat.

Dokumen itu mendakwa bahawa Lochridge menyuarakan kebimbangan tentang “kekurangan ujian ‘non-dectructive’ yang dijalankan ke atas badan kapal Titan”, dan dia turut “mendakwa penumpang Titan berisiko dalam bahaya apabila kapal selam itu mencapai kedalaman yang ekstrem”.

Sumber: BERNAMA-dpa