Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
tiga rakyat malaysia order australia
Kredit: Facebook

Tiga Rakyat Malaysia Terima Anugerah ‘Order Of Australia’ 2023

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Tiga Rakyat Malaysia Terima Anugerah ‘Order Of Australia’ 2023

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) –Tiga rakyat Malaysia menerima penghormatan Order of Australia pada tahun ini atas sumbangan cemerlang mereka dalam mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia dan Australia.

Mereka terdiri daripada Penasihat Warisan Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF) Datuk Lim Kian Hock, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan pemandu pelancong kembara terkenal Tham Yau Kong.

Anugerah itu mengiktiraf warga Australia yang telah menunjukkan perkhidmatan cemerlang atau pencapaian luar biasa. Bukan warganegara pula diiktiraf melalui anugerah kehormat.

Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia dalam satu kenyataan menyatakan Lim dikurniakan Pingat Kehormat Kebesaran Australia (OAM) oleh Kuasa Usaha Clare Gatehouse bagi pihak Pesuruhjaya Tinggi Australia Dr Justin Lee, dalam satu majlis yang berlangsung di Suruhanjaya Tinggi di sini pada Selasa.

Beliau diiktiraf atas khidmatnya untuk hubungan Australia-Malaysia, khususnya dalam memperingati peranan yang disumbangkan oleh rakyat Australia di Sarawak semasa Perang Dunia II dan dalam perkhidmatan ketenteraan antara kedua-dua negara.

“Selama beberapa dekad, Lim mendedikasikan dirinya untuk memperingati Angkatan Bersenjata Australia dan mereka yang berkhidmat bersama dalam Perang Dunia II.

Pada 2013, Lim berkempen dan menyokong pengiktirafan kekal Z-Unit Australia atas kegagahan mereka, dengan sokongan Jawatankuasa dan Komuniti Bario Rurum Kelabit, ATM, Jawatankuasa Pembangunan Warisan Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF), mendiang Jack Tredrea, keluarga dan rakan komando,” katanya.

Jeneral Affendi pula dianugerah Pegawai Kehormat (AO) Order of Australia (Bahagian Tentera) oleh Pesuruhjaya Tinggi pada 8 Mei.

Ketua Angkatan Pertahanan Australia, Jeneral Angus J. Campbell turut menghadiri majlis itu yang berlangsung di Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur.

Affendi diiktiraf atas khidmat cemerlangnya dalam mengukuhkan hubungan pertahanan antara Australia dan Malaysia melalui komitmen, kepimpinan dan wawasan strategiknya sebagai Panglima ATM.

Beliau memperjuangkan kehadiran Australia di Malaysia dan penyertaannya dalam Perjanjian Pertahanan Lima Negara, aktif menyokong pengekalan penglibatan pertahanan dengan Australia semasa pandemik COVID-19 dan meningkatkan kesalingoperasian dan kerjasama antara Angkatan Pertahanan Australia dan ATM.

Sementara itu, Lee pada 24 April menganugerah Pingat Kehormat kepada Tham dalam Bahagian Am Order Australia (OAM) di Sandakan selepas hari peringatan ANZAC.
Tham diiktiraf atas jasanya memperingati pengorbanan tawanan perang Australia di Malaysia, khususnya sepanjang kawat maut Sandakan-Ranau (1942-1945).

Semasa Perang Dunia II, hampir 2,500 tawanan perang (POW) mati secara tragis di Sabah, termasuk lebih 1,000 daripadanya kehilangan nyawa dalam tragedi kawat maut, dengan 1,800 daripadanya terdiri daripada warga Australia.

“Tham, seorang pemandu pelancong yang sangat dihormati dan pakar kembara hutan, telah memain peranan penting dalam menyerlahkan keberanian dan ketahanan tawanan perang terbabit.

Beliau membiayai kembara pencarian trek kawat maut Sandakan-Ranau dan membantu menubuhkan beberapa tugu peringatan di sepanjang laluan itu,” menurut kenyataan itu.

Pada tahun 2006, Angkatan Pertahanan Australia mengiktiraf usaha Tham dengan menghantar delegasi untuk menjadi warga Australia pertama yang melintasi bahagian trek yang ‘hilang’ itu sejak 1947.

Sejak kembara pertama itu, Tham bekerja tanpa jemu menceritakan kisah kawat maut kepada khalayak yang lebih luas dengan mewujudkan laluan berbasikal di bawah trek, menganjur program untuk pelajar dan kerap memberi syarahan kepada pemandu pelancong tempatan mengenai kepentingan penceritaan sejarah perang itu kepada rakyat Australia dan Malaysia.

BACA: Bekalan Oksigen Kapal Selam Titan Dipercayai Sudah Habis

Sumber: Bernama