Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
dua beradik tunggang motosikal aidiladha
Gambar: Facebook Zaid Muhammad

Misi Dua Beradik Tunggang Motosikal 5,000km, Hayati Erti Aidiladha

Iqbal Yasir

Misi Dua Beradik Tunggang Motosikal 5,000km, Hayati Erti Aidiladha

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) — Mahu lebih menghayati erti pengorbanan ibadah korban dalam Islam, dua adik beradik memasang misi mengembara menunggang motosikal berkuasa tinggi sejauh lebih 5,000 kilometer bagi melaksanakan ibadah tersebut di Kemboja yang meraikan Aidiladha esok.

Misi dinamakan ‘Misi Korban Kembara Ride 2023’ disertai Zaid Muhammad Mohd Rais, 48, dan Saiful Affandee Mohd Rais, 57, daripada Troka X Plorer Team itu berlangsung selama 10 hari bermula 23 Jun lepas.

Zaid Muhammad berkata perjalanan kembara itu turut bertujuan memanjangkan sumbangan orang ramai terutama rakyat Malaysia kepada umat Islam yang merupakan golongan minoriti di negara tersebut.

Mereka bersepakat menggunakan motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki V-Strom 650 kerana sifatnya yang mudah dikendalikan, lasak serta berdaya tahan untuk perjalanan jauh.

“Ia adalah satu pengalaman berbeza dan mengujakan selain berpeluang mendidik diri untuk lebih bersabar dalam menempuh setiap cabaran.

“Ini kerana, adakalanya perjalanan kami sedikit mencabar apabila perlu melalui permukaan jalan yang tidak rata selain perlu menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca yang panas dan berhabuk serta keadaan trafik yang berselirat berbeza dengan situasi di Malaysia,” katanya kepada Bernama.

BACA JUGA: Ketahui Sebab Arab Saudi Sambut Aidiladha Awal Sehari Dari Malaysia

Menceritakan mengenai ibadah korban yang bakal dilaksanakan di negara yang terkenal dengan warisan Angkor Wat itu, Zaid Muhammad berkata ia akan dijalankan di beberapa kawasan antaranya Phnom Penh, Battambang dan Kampung Swai pada 29 Jun.

“Sejumlah lapan ekor lembu akan dikorbankan selain menyerahkan sumbangan beras kepada 35 keluarga di setiap kawasan dengan setiap keluarga menerima lima kilogram beras.

“Kami akan turut menyampaikan sumbangan ikhlas daripada rakyat Malaysia sebagai usaha membantu pembinaan telaga di Kemboja bagi manfaat umat Islam di negara itu,” katanya yang menggunakan wang simpanan mereka sendiri bagi menjayakan misi kembara itu.

Menurut pensyarah al-Quran Jabatan Tilawah Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu pengembaraan mereka kemudian akan diteruskan ke Hua Hin sebelum ke Surat Thani, Thailand pada esoknya.

“Di Thailand, kami merancang menyerahkan sumbangan beras di sebuah pusat tahfiz atau fakir miskin di sana,” katanya dan menambah mereka dijangka tiba di Malaysia pada 11 malam, 3 Julai.

Zaid Muhammad berharap misi seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberi inspirasi dan semangat kental kepada golongan muda dalam menyebarkan kebaikan menerusi pelbagai platform.

Sumber: BERNAMA