Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Tempat "Favourite" Arwah Siti Sarah
Kredit Instagram/Shuibsepahtu

“Penuh Kenangan,” Shuib Bawa Watie Makan Tempat “Favourite” Arwah Siti Sarah

Syed Faisal Sayed Muhammad

“Penuh Kenangan,” Shuib Bawa Watie Makan Tempat “Favourite” Arwah Siti Sarah

Pelawak dan penyampai radio terkenal, Shuib sempat mengimbau kenangan lalu selepas membawa isteri baharunya Watie, ke kedai kegemaran arwah isterinya Siti Sarah.

Menurut perkongsian di Instagram rasmi Shuib, kedai makan tengah hari kegemaran arwah merupakan tempat yang sering menjadi pilihannya sejak 13 tahun lalu.

Tambah Shuib, kedai makan itu juga telah menjadi tempat kegemaran arwah sejak dari zaman sekolah lagi.

Kredit Instagram

“Dah makan dekat sini dekat 13 tahun, yang perkenalkan tempat ni Siti Sarah Raissuddin masa bercinta dulu. Sarah dah makan dekat sini dari zaman sekolah lagi dan ini memang tempat favourite untuk makan tengah hari.

“Fuh rare kan. Ni pertama kali bawak Watie datang makan dekat sini, yes dia suka! You teman I makan dekat sini pulak okay. Tempat penuh kenangan, makan tengah hari sedap gila!” tulis muat naik perkongsian Shuib.

Kredit Instagram

Shuib disatukan dengan Watie pada 23 Jun Lalu

Shuib atau nama sebenarnya Shamira Muhammad, 38, selamat di ijabkabulkan dan menjadi suami kepada Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah pada 23 Jun yang lalu.

Terdahulu, Shuib berlapang dada memaafkan seorang individu yang dikatakan telah membuat tuduhan fitnah ke atas dirinya mengenai kematian arwah Siti Sarah.

Shuib bertindak sedemikian di hadapan individu itu sendiri dalam satu sesi perjumpaan secara bersemuka pada 4 Julai lalu.

“Saya maafkan awak, saya doakan awak dan harap isu ini tidak mengganggu kerjaya dan keluarga awak.

“Awak berani angkat telefon, berani datang hari ini, kira awak gentle lah,” ujarnya.

Kedua-dua mereka akhirnya dilihat saling bersalaman sesama sendiri menandakan konflik yang tercetus dipercayai akan berakhir menuju jalan damai.

Sementara itu di Facebook, Shuib turut berpesan agar orang ramai mengambil pengajaran tentang apa yang berlaku ketika ini.

“Bukan untuk mengaibkan sesiapa. Tapi, demi maruah saya, keluarga dan arwah Siti Sarah.

“Semoga menjadi pengajaran buat kita semua. Semoga kita lebih berhati-hati dengan apa yang kita tulis dan kongsikan.

“Saya mohon ampun dan maaf. Terima kasih semua,” katanya dalam hantaran itu.

Sebelum itu, lelaki tersebut dikatakan membuat kenyataan berbaur fitnah ke atas dirinya mengenai kematian arwah Siti Sarah.

Merujuk laporan Sinar Harian, individu itu mendakwa Shuib seorang ahli gerakan Freemason dan kematian Siti Sarah didakwa berpunca akibat dipaksa untuk ditidurkan.

Sumber: Shuib/Instagram