Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
AZEEM ANUGERAH 100PLUS
Gambar: Fb Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia - SAM

Azeem Dipilih Penerima Anugerah Khas 100PLUS

Iqbal Yasir

Azeem Dipilih Penerima Anugerah Khas 100PLUS

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) — Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi dipilih sebagai penerima Anugerah Khas 100PLUS sempena majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2022 yang akan berlangsung Selasa ini.

Pengarah Urusan Perhubungan Kerajaan dan Industri dan Pengurusan Halal, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd., Datuk Raffiq Md Ariff berkata pencapaian konsisten Muhammad Azeem yang mula menceburkan diri dalam acara balapan ketika berusia 14 tahun amat menakjubkan dan berharap beliau terus mengangkat martabat sukan itu ke tahap lebih tinggi.

“Kita dapat menyaksikan permata baharu dalam pembikinan dalam arena olahraga negara selepas era 90-an iaitu Watson Nyambek dan Azmi Ibrahim (yang) sentiasa menghadirkan cerita manis untuk sukan tanah air.

“Kami berharap anugerah diberikan kepada Muhammad Azeem dapat dijadikan motivasi untuk terus cemerlang dalam arena olahraga sekali gus membanggakan rakyat Malaysia khususnya,” kata beliau menerusi kenyataan SAM hari ini.

Beliau yang diberi julukan ‘Usain Bolt Malaysia’ itu bukan sahaja mencipta sensasi dalam arena olahraga ketika layak ke final acara 100 meter pada Sukan Malaysia (SUKMA) Perak ketika hanya berusia 14 tahun, malah mencatat keputusan cemerlang 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seterusnya mengembangkan karier di Universiti Auburn, Alabama, di Amerika Syarikat sejak Januari lalu.

BACA JUGA: Muhammad Azeem Kandas Awal Di Budapest

Kurang sebulan ‘berguru’ di Amerika Syarikat, pelari berusia 19 tahun itu terus unggul apabila memadamkan rekod berusia 24 tahun acara 60 meter (m) milik Watson Nyambek dengan merekodkan 6.63 saat (s) di Terbuka Texas Tech & Multi di Texas, iaitu 0.03s lebih pantas daripada Watson ketika beraksi pada Kejohanan Dunia di Jepun pada Mac 1999.

Malah, Muhammad Azeem juga memadamkan rekod acara pecut 100m yang dipegang Khairul Hafiz Jantan 10.18s ketika beraksi di peringkat saringan Kejohanan Remaja Dunia, Colombia tahun lalu dengan catatan masa 10.09s.

Selain mengiktiraf atlet yang cemerlang dan mengharumkan nama Malaysia sepanjang tahun lepas, turut akan dirai pada majlis Anugerah SAM-100PLUS 2022 ialah wartawan sukan, yang berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM50,000.

Anugerah dibahagi kepada enam kategori iaitu Laporan Berita Terbaik (Media Cetak), Laporan Berita Terbaik (Media Elektronik), Ulasan Berita Terbaik (Media Cetak), Ulasan Berita Terbaik (Media Elektronik), Laporan Khas Terbaik (Terbuka) dan Fotografi Sukan Terbaik.

Pemenang terbaik keseluruhan untuk kategori Kewartawanan Sukan akan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Siebel dengan hadiah wang tunai RM7,000 berserta trofi.

Sumber: BERNAMA