Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
november milik united
Gambar: AFP, MU

November ‘Milik’ Manchester United, Sapu Tiga Anugerah Bulanan EPL

Syed Faisal Sayed Muhammad

November ‘Milik’ Manchester United, Sapu Tiga Anugerah Bulanan EPL

Bulan November menjadi bulan yang cemerlang buat kem Manchester United apabila berjaya merangkul tiga anugerah bulanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kelab gergasi EPL itu berjaya membawa pulang Anugerah Pengurus Terbaik Bulanan, Gol Terbaik Bulanan dan Pemain Terbaik Bulanan.

MU melalui kempen yang sangat baik sepanjang November apabila mencatatkan kemenangan dalam semua tiga perlawanan EPL pada bulan tersebut.

Malah, benteng pertahanan mereka yang diperkukuh dengan kehadiran semula Harry Maguire menyaksikan kelab itu tidak bolos dalam ketiga-tiga perlawanan tersebut.

Kelab itu menang masing-masing 1-0 ketika menentang Fulham dan Luton Town. MU juga merekodkan kemenangan selesa 3-0 ketika bertandag ke Goodison Park menentang Everton.

Sembilan mata penuh yang dikumpul berjaya membantu MU mendaki sehingga ke posisi ke-6 liga menjelang akhir November.

Kebangkitan luar biasa yang ditunjukkan Maguire dan kecemerlangan taktikal yang digarap Erik ten Hag menyaksikan mereka diundi sebagai pemenang dalam kategori masing-masing.

BACA: Buat Kali Pertama, Harry Maguire Menang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan EPL

Ia merupakan kali pertama Maguire menang anugerah bulanan manakala kemenangan pada November menjadi Anugerah Pengurus Terbaik ketiga untuk ten Hag.

Sebelum ini, ten Hag pernah memenangi anugerah tersebut bagi September 2022 dan Februari 2023. Untuk November 2023, ten Hag menewaskan Rob Edwards, Eddie Howe dan Andoni Iraola untuk anugerah tersebut.

Kemenangan itu juga menyaksikan ten Hag kini muncul pengurus MU kedua yang paling banyak memenangi anugerah tersebut, dibelakang pengurus legenda, Sir Alex Ferguson.

November milik Man United, sapu tiga anugerah bulanan

Sir Alex Ferguson memenangi sebanyak 27 anugerah tersebut sepanjang beliau mengendalikan MU.

Manakala Gol Terbaik Bulanan menjadi milik pemain muda yang beraksi di bahagian sayap, Alejandro Garnacho.

Gol bicycle kick beliau ketika MU menundukkan Everton 3-0 di laman lawan tidak perlu dipertikaikan lagi merupakan gol terbaik dan tercantik yang dijaringkan dalam November.

Malah, gol berkenaan juga berpotensi untuk diundi sebagai pemenang Anugerah Puskas.

Sumber: Fabrizio Romano, Premier League, BBC