Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kisah kanako islam
Gambar: Bernama

Kisah Kanako: Hilang Telefon, Temui Islam 

Iqbal Yasir

Kisah Kanako: Hilang Telefon, Temui Islam

IPOH, 18 Mac (Bernama) — Kebaikan insan-insan yang ditemuinya semasa melawat Malaysia lima tahun lepas membuka pintu hati seorang wanita Jepun untuk mengenali Islam dan akhirnya Kanako Wakabayashi, 28, mengucap syahadah pada pertengahan tahun lepas.

Semasa lawatan ke sini pada 2019, beliau yang ketika itu pelajar universiti kehilangan telefon di sebuah restoran di Kuala Perlis, Kangar.

Situasi itu menjadikan beliau bingung kerana sukar berkomunikasi dan telefon pintar ialah suatu keperluan baginya apatah lagi berada di negara asing.

Menurut Kanako tiada siapa pada masa itu boleh bertutur bahasa Inggeris membuatkan keadaan lebih sukar untuk meminta bantuan kecuali dengan menggunakan isyarat tangan, tetapi akhirnya, sepasang suami isteri dari kawasan itu sudi menghulurkan bantuan dan mempelawanya tinggal di rumah mereka.

kisah kanako islam
Gambar: Bernama

“Saya jumpa keluarga yang hebat. Tetapi sebelum mereka dapat berbuat sesuatu, saya jumpa telefon saya di restoran itu dan semua yang ada di sana bertepuk tangan…

“Saya tersentuh dengan reaksi mereka, walaupun saya bukan Muslim, mereka juga tak kenal siapa saya, namun mereka tetap mesra dan baik terhadap saya.

“Selepas itu, saya mahu pulang ke KL (Kuala Lumpur) namun tiada bas atau kereta api kerana semuanya telah penuh dan masa itulah keluarga tadi mengajak saya tinggal bersama mereka,” ceritanya kepada Bernama ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Kanako yang berasal dari Hitachi, Jepun berkata suami isteri itu pada mulanya memberi izin untuknya menumpang semalam, bagaimanapun tiket bas atau kereta api hanya ada selepas empat hari.

Gambar: Bernama

Justeru, katanya keluarga itu membenarkan beliau tinggal di rumah mereka sepanjang tempoh itu sebelum beliau dapat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki pesawat pulang ke Jepun.

Setibanya di rumah, Kanako berkata dia tidak dapat melupakan apa yang dialaminya di Malaysia dan peristiwa itu antara faktor yang mendorongnya untuk mengambil tahu tentang Islam.

Empat tahun kemudian Kanako yang bekerja dengan sebuah syarikat pengusaha sukan lasak, menceburi sukan memanjat dan sentiasa mencari lokasi terbaik untuk melakukan aktiviti itu.

“Semasa lawatan ke Kuala Lumpur awal tahun lepas, rakan-rakan dari Malaysia mengesyorkan Perak terutama Ipoh kerana terdapat beberapa tempat yang membolehkan saya melakukan beberapa aktiviti seperti memanjat, berakit dan terbang kelawar (zip line),” katanya.

kisah kanako islam
Gambar: Bernama

Kanako berkata dari situ dia mula mengenali komuniti penggemar sukan itu di Ipoh yang majoriti beragama Islam serta berpeluang menimba ilmu serba sedikit mengenai agama itu.

Satu perkara yang membuatkan beliau terpikat dengan Islam menurut Kanako adalah apabila beliau mengetahui mengapa membunuh diri dilarang oleh Islam berdasarkan al-Quran.

“Jadi apabila saya balik ke Jepun, saya pergi ke sebuah masjid di Mito dan mencari panduan tentang Islam dan orang-orang di sana melayan saya dengan baik walaupun pada masa itu saya tidak menutup aurat. Seorang wanita yang kami panggil Ruby membantu saya mengetahui lebih lanjut mengenai Islam,” katanya.

Kanako terus mendalami Islam namun belum memeluk agama itu, sehinggalah suatu hari rakannya dari Malaysia yang dikenali sebagai Athirah datang melawat Jepun dan bermalam di rumahnya di Hitachi.

Gambar: Bernama

Menurut Kanako, ibunya yang mempunyai persepsi negatif terhadap umat Islam menyukai Athirah yang bertudung.

“Kami pergi ke masjid bersama-sama pada malam itu untuk solat, kemudian tiba-tiba saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya membaca syahadah dan saya melakukannya dengan baik. Berasal dari tempat yang tidak percaya tuhan, saya sedar saya membuat keputusan yang tidak popular tetapi saya mengikut suara hati saya,” katanya.

Kanako yang kini berada di Ipoh untuk melancong turut mengambil peluang mempelajari Islam.

kisah kanako islam
Gambar: Bernama

“Saya tinggal bersama keluarga rakan di sini di Meru. Mereka mengajar saya lebih banyak lagi mengenai Islam dan saya turut meminta bantuan daripada sumber-sumber lain yang boleh dipercayai serta seseorang yang bertauliah untuk mengajar tentang Islam. Saya akan pulang ke Jepun bulan depan,” katanya.

Kali pertama berpuasa sebagai Muslim Ramadan ini, Kanako mengakui sukar sehingga beliau demam pada hari pertama dan tidak dapat menahan diri daripada berbuka lebih awal.

“Walaupun saya gagal pada hari pertama, saya tetap mahu melakukannya seperti orang Islam lain. Kawan beritahu tidak mengapa buka puasa pada hari pertama kerana saya tidak sihat, tetapi saya hanya minum air serta makan ubat sahaja.

“Sekarang, saya rasa lebih sihat dan boleh berpuasa seperti saya berlatih sebelum ini. Sebelum ini saya buat silap makan banyak ketika berbuka, tetapi sekarang saya sudah tahu bagaimana kawal keinginan makan supaya tak kembung,” cerita Kanako berkongsi pengalamannya.

Sumber: BERNAMA