Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Hukum Cacat haiwan korban
Gambar: BERNAMA

Hukum Cacat Cela Pada Haiwan Yang Telah Dinazar Untuk Korban, Ini Penjelasan Mufti 

Iqbal Yasir

Hukum Cacat Cela Pada Haiwan Yang Telah Dinazar Untuk Korban, Ini Penjelasan Mufti

Selepas pemergian Syawal (Hari Raya Aidilfitri), kini umat Islam bakal menyambut satu lagi hari penting iaitu Hari Raya Korban yang bakal tiba tidak lama lagi.

Oleh itu, ramai yang sudah mula membuat persiapan dalam mengerjakan ibadah korban ini termasuklah menyediakan haiwan sembelihan.

Namun, timbul pula persoalan adakah dibolehkan untuk meneruskan ibadah korban sekiranya haiwan yang dinazar untuk dikorban itu mempunyai cacat cela?

Oleh itu, mari ikuti perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di bawah untuk penerangan lanjut.

Hukum Cacat Cela Pada Haiwan Yang Telah Dinazar Untuk Korban

Gambar: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Saya telah bernazar untuk korbankan seekor kambing milik saya untuk Aidiladha tahun ini. Kemudian kambing tersebut telah terkena penyakit yang menyebabkan kakinya tempang. Adakah saya boleh sembelih kambing tersebut untuk korban nazar itu atau saya kena beli kambing lain?

Ringkasan Jawapan

Jika seseorang itu telah menetapkan haiwan yang tertentu (ta’yin) dengan berkata “aku menjadikan haiwan ini sebagai korban” atau telah bernazar untuk menjadikan haiwan yang tertentu sebagai korban kemudian berlaku kecacatan pada haiwan tersebut, maka hukumnya sah untuk ia dijadikan korban dan tidak perlu diganti dengan haiwan lain.

BACA: Hukum “Troll” Menggunakan Ayat Al-Quran, Ini Penjelasan Mufti

Huraian Jawapan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

Para ulama berijmak bahawa disunatkan untuk memilih haiwan yang terbaik dan paling sempurna untuk dijadikan korban. Mereka juga bersepakat bahawa haiwan yang dijadikan korban mestilah tidak ada sebarang aib atau cacat cela yang ketara seperti yang buta mata, mempunyai sakit yang ketara, ketara tempang kakinya dan yang kurus kering. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Bara’ ibn al-‘Azib bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أربعٌ لا تجوزُ في الأضاحي العوراءُ البيِّنُ عَوَرُها والمريضةُ البيِّنُ مرَضُها والعرجاءُ البيِّنُ ظَلَعُها والكسيرةُ التي لا تُنقِي

Maksudnya: “Empat perkara yang tidak boleh ada pada haiwan korban iaitu binatang yang jelas buta matanya, yang ketara sakitnya, yang ketara tempang kakinya dan yang kurus kering tidak ada sum-sumnya”.

(Riwayat Abu Daud)

BACA JUGA: “Bila Penat Kerja, Saya Tengok Gambar Keluarga,” Bapa Travel Lebih 300km Sehala Cari Rezeki Keluarga

Kecacatan-kecacatan yang memberi kesan kepada sah atau tidak binatang korban telah diperincikan dalam artikel berikut:

i. Irsyad Al-Fatwa Khas Haji Dan Korban Siri Ke – 67 : Adakah Sah Haiwan Sembelihan Korban Yang Ditebuk Telinganya?

ii. Irsyad Fatwa Haji Dan Korban Siri Ke- 44 : Adakah Sah Haiwan Sembelihan Korban Yang Buta?

iii. Irsyad Al-Fatwa Khas Haji Dan Korban Siri Ke – 64 : Adakah Sah Haiwan Korban Yang Terpatah Tanduk?

Walau bagaimanapun, para ulama mengecualikan syarat ini dalam keadaan apabila kecacatan itu berlaku selepas seseorang telah menetapkan haiwan yang tertentu (ta’yin) dengan berkata “aku menjadikan haiwan ini sebagai korban” atau telah bernazar untuk menjadikan haiwan yang tertentu itu sebagai korban. Dalam hal ini, Imam An-Nawawi ada mengatakan:

لَوْ قَالَ: جَعَلْتُ هَذِهِ الشَّاةَ ضَحِيَّةً، أَوْ نَذَرَ التَّضْحِيَةَ بِشَاةٍ مُعَيَّنَةٍ، فَحَدَثَ بِهَا قَبْلَ وَقْتِ التَّضْحِيَةِ عَيْبٌ يُمْنَعُ ابْتِدَاءُ التَّضْحِيَةِ، لَمْ يَلْزَمْهُ شَيْءٌ بِسَبَبِهِ كَتَلَفِهَا. وَلَا تَنْفَكُّ هِيَ عَنْ حُكْمِ الْأُضْحِيَّةِ، بَلْ تُجْزِئُهُ عَنِ التَّضْحِيَةِ، وَيَذْبَحُهَا فِي وَقْتِهَا

Maksudnya: “Jika seseorang itu mengatakan: “Aku menjadikan kambing ini sebagai korban” atau dia bernazar untuk berkorban dengan seekor kambing tertentu, kemudian terjadi kecacatan yang menghalang korban dilakukan sebelum waktu korban, maka dia tidak dikenakan apa-apa atas sebab itu sebagaimana juga apabila haiwan tersebut mati, dan kambing tersebut juga tidak gugur daripada hukum korban. Bahkan ia sah sebagai korban dan dia boleh menyembelihnya pada waktu korban”

Kesimpulan

Jika seseorang itu telah menetapkan haiwan yang tertentu (ta’yin) dengan berkata “aku menjadikan haiwan ini sebagai korban” atau telah bernazar untuk menjadikan haiwan yang tertentu sebagai korban kemudian berlaku kecacatan pada haiwan tersebut, maka hukumnya sah untuk ia dijadikan korban dan tidak perlu diganti dengan haiwan lain.

WaAllahua’lam.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan