Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Peminat England Euro Jerman
Gambar: AFP

Ratusan Ribu Peminat England Menuju Jerman Untuk Euro

Iqbal Yasir

Ratusan Ribu Peminat England Menuju Jerman Untuk Euro

LONDON, 16 Jun (Bernama) — Ratusan ribu peminat England dijangka berkunjung ke Jerman sepanjang kejohanan Euro 2024 pada musim panas ini ketika pasukan kebangsaan itu bersiap sedia untuk memulakan kejohanan mereka menentang Serbia pada malam Ahad.

Kapten England, Harry Kane menetapkan harapan tinggi untuk pasukannya, dengan mengatakan mereka akan kecewa dengan “apa-apa selain daripada memenangi” kejohanan itu.

Ribuan peminat akan menuju ke Gelsenkirchen di barat Jerman untuk menyokong pasukan kebangsaan dalam perlawanan peringkat Kumpulan C pertama mereka.

Jurulatih England, Gareth Southgate menggesa penyokong England untuk menikmati masa mereka di Jerman walaupun polis tempatan melabelkan perlawanan pembukaan Ahad menentang Serbia sebagai “berisiko tinggi” berikutan laporan awal minggu ini mengenai ultras Serbia yang menuju ke kawasan itu.

Putera William akan menyertai peminat yang berkunjung ke Frankfurt Arena pada 20 Jun – sehari sebelum ulang tahun ke-42 beliau – untuk menyaksikan pasukan Gareth Southgate bertembung dengan Denmark dalam perlawanan kedua mereka.

Scotland juga layak ke kejohanan itu, dengan puluhan ribu anggota Tartan Army dijangka telah melakukan perjalanan ke Jerman untuk menyokong pasukan mereka menentang negara tuan rumah pada Jumaat.

Gambar: Adrian DENNIS / AFP

Pejabat Luar Britain berkata sehingga 500,000 penyokong British dijangka akan berkunjung untuk menyokong pasukan mereka sepanjang kejohanan, lapor PA Media.

Pemain tengah Scotland, Callum McGregor mengakui pasukan lawan mereka akan “memanfaatkan kelemahan” pasukan itu selepas kekalahan 5-1 di tangan Jerman dalam perlawanan pembukaan mereka yang menjejaskan suasana prapermainan “fenomenal” yang digambarkan oleh Menteri Pertama atau Ketua Menteri John Swinney, yang menyertai peminat di Munich.

BACA: Euro 2024: Analisis Opta Ramal England Miliki Kebarangkalian Paling Tinggi Jadi Juara

Di UK, pasar raya mengatakan mereka bersedia untuk tempoh paling sibuk dalam tahun ini ketika peminat bola sepak menyimpan stok peti sejuk untuk menonton perlawanan dari rumah.

Peruncit British, Tesco berkata mereka menjangka menjual 33 juta pek bir dan cider sepanjang bulan akan datang tetapi juga meramalkan akan menjual 5.5 juta botol dan tin pilihan alkohol “tidak” dan “rendah” -rekod untuk kejohanan bola sepak utama.

Jualan wain dijangka melebihi 30 juta botol, bersama lebih daripada 11 juta pai dan lebih 90,000 pek bunting.

Bagaimanapun, polis di UK telah memberi amaran bahawa minum berlebihan semasa kejohanan mungkin menyumbang kepada peningkatan potensi dalam keganasan rumah tangga.

Majlis Ketua Polis Kebangsaan berkata kajian dari Universiti Lancaster mendapati terdapat peningkatan 38 peratus dalam insiden keganasan rumah tangga apabila England kalah dalam perlawanan antara 2002 dan 2010 dan peningkatan 26 peratus apabila mereka menang.

Badan amal bantuan wanita, Solace dan Pusat Kebangsaan untuk Keganasan Rumah Tangga telah mencipta kit alternatif England – “Jersi 38” – untuk meningkatkan kesedaran tentang sokongan yang tersedia kepada sesiapa yang mengalami keganasan rumah tangga sebagai sebahagian daripada kempen “No More Injury Time” menjelang Euro.

Sumber: BERNAMA