Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Qunut Nazilah Sesama Islam
Gambar: Yaqeen Institute

Hukum Baca Doa Qunut Nazilah Ke Atas Sesama Orang Islam, Ini Penjelasan Mufti Wilayah 

Iqbal Yasir

Hukum Baca Doa Qunut Nazilah Ke Atas Sesama Orang Islam, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Qunut Nazilah, tentu ramai saudara Islam sudah terbiasa mendengar alunan suci Al-Quran ini dialunkan dimana-mana. Apatah lagi ia juga dibacakan ketika solat untuk memohon perlindungan terhadap saudara Islam di bumi Gaza, yang kini tersepit dalam peperangan.

Walau bagaimanapun, timbul persoalan adakah doa ini boleh dibacakan sesama Islam? Ini kerana seperti yang kita tahu bacaan Qunut Nazilah sering dibacakan ketika dilanda musibah.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara ini, mari ikuti perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di bawah. Semoga bermanfaat.

Boleh Ke Baca Qunut Nazilah Sesama Islam?

Gambar: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

SOALAN

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya hukum membacakan doa qunut nazilah kepada umat Islam yang lain atas faktor perselisihan pandangan. Saya ingin tahu, adakah ia perbuatan berdoa tersebut dibolehkan dalam Islam?

Mohon pencerahan SS Mufti. Terima kasih.

RINGKASAN JAWAPAN

Berdasarkan pengamalan Rasulullah SAW dan para sahabat serta pandangan daripada para ulama, dapat dilihat dengan jelas bahawa doa Qunut Nazilah hanya dibacakan kepada musuh daripada golongan kafir dan golongan murtad sahaja serta tidak ke atas golongan umat Islam sesama sendiri.

Oleh yang demikiran, pertembungan di antara sesama umat Islam, tidak kira apa jua sebabnya, tidak boleh untuk dibacakan Qunut Nazilah kepada sesama muslim. Apatah lagi jika sekiranya perselisihan dan pertelingkahan yang biasa terjadi terutamanya dalam lapangan politik dan seumpamanya. Oleh itu, tindakan membaca doa Qunut Nazilah ke atas golongan Islam akan menjerumuskan seseorang kepada perbuatan ekstrim dan melampau dalam agama.

Waallahu a’lam.

BACA: Hukum Tampal Ayat Al-Quran, Zikir Di Cermin Kereta? Ini Penjelasan Dr. Zulkifli

HURAIAN JAWAPAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

Doa Qunut Nazilah merupakan satu doa yang dibaca apabila umat Islam ditimpa musibah yang besar. Hal ini sepertimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW yang membacakan doa Qunut Nazilah apabila berlaku pengkhianatan dan pembunuhan ke atas sahabat Baginda RAnhum.

Selain daripada itu, Saidina Abu Bakar al-Siddiq juga pernah membaca doa ini ketika memerangi golongan murtad seperti Musailamah al-Kazzab. Manakala Saidina Umar al-Khattab juga membaca doa ini apabila memerangi golongan Nasrani. Kami telah membahaskan setiap daripadanya dalam artikel yang lain, sila rujuk artikel Al-Kafi #969: Hukum Membaca Qunut Nazilah untuk huraian lanjut.

Di samping itu, para ulama juga menyebutkan beberapa sebab lain dengan yang dibolehkan untuk dibaca doa Qunut Nazilah. Berkaitan perkara ini, Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa antara sebab dibacakan doa Qunut Nazilah ialah umat ditimpa dengan musibah seperti ketakutan, kebuluran, wabak penyakit, serangan serangga dan seumpama. Dalam kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, beliau berkata:

إن نزلت بالمسملين نَازِلَةٌ كَخَوْفٍ أَوْ قَحْطٍ أَوْ وَبَاءٍ أَوْ جَرَادٍ أَوْ نَحْوِ ذَلِكَ قَنَتُوا فِي جَمِيعِهَا وَإِلَّا فَلَا

Maksudnya: Sekiranya ditimpa ke atas orang-orang Islam musibah seperti ketakutan, kebuluran, wabak, (serangan) belalang dan lain-lain, maka dibacakan qunut pada semua solat, namun jika tiada musibah, maka tidak perlu membaca qunut. (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3:475)

Selain daripada itu, Ibn Hajar al-Haitami juga menyebutkan sebab-sebab yang sama dan menambah beberapa lagi sebab yang lain. Antara termasuk juga seperti hujan lebat yang turun sehingga membahayakan keselamatan, penahanan ulama atau pahlawan yang hebat dan seumpamanya. Kata beliau:

(لِلنَّازِلَةِ) الْعَامَّةُ أَوْ الْخَاصَّةُ الَّتِي فِي مَعْنَى الْعَامَّةِ لِعَوْدِ ضَرَرِهَا عَلَى الْمُسْلِمِينَ عَلَى الْأَوْجَهِ كَوَبَاءٍ وَطَاعُونٍ وَقَحْطٍ وَجَرَادٍ، وَكَذَا مَطَرٌ مُضِرٌّ بِعُمْرَانٍ أَوْ زَرْعٍ وِفَاقًا لِمَنْ خَصَّهُ بِالثَّانِي لِأَنَّهُ لَمْ يَرِدْ فِي الْأَوَّلِ إلَّا الدُّعَاءُ وَذَلِكَ لِأَنَّ رَفْعَ وَبَاءِ الْمَدِينَةِ لَمْ يَرِدْ فِيهِ إلَّا الدُّعَاءُ وَمَعَ ذَلِكَ جَعَلُوهُ مِنْ النَّازِلَةِ وَخَوْفِ عَدُوٍّ كَأَسْرِ عَالِمٍ أَوْ شُجَاعٍ لِلْأَحَادِيثِ الصَّحِيحَةِ «أَنَّهُ صلى الله عليه وسلم قَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو عَلَى قَاتِلِي أَصْحَابِهِ الْقُرَّاءِ بِبِئْرِ مَعُونَةَ لِدَفْعِ تَمَرُّدِهِمْ» لَا لِتَدَارُكِ الْمَقْتُولِينَ لِتَعَذُّرِهِ وَقِيسَ غَيْرُ ‌خَوْفِ الْعَدُوِّ عَلَيْهِ.

Maksudnya: (Satu musibah yang berlaku) sama ada secara umum atau secara khusus. Makna umum di sini ialah musibah yang mudaratnya terkena kepada orang Islam dari sudut seperti wabak penyakit, taun, kebuluran dan serangan belalang. Begitu juga, hujan lebat yang akan memudaratkan bandar atau tanaman bagi sesiapa yang dikhusukan dengan maksud yang kedua. Hal ini kerana tidak ada yang disebut dalam hadis pada awalnya kecuali doa, dan itu adalah kerana wabak di kota itu telah diangkat, tidak ada yang disebut di dalamnya kecuali melalui doa. Maka dengan itu, mereka (para ulama) menjadikan bahawa antara musibah yang diambil kira ialah penawanan orang alim dan pahlawan yang berani berdasarkan hadis yang sahih, “Rasulullah SAW melakukan Qunut (Nazilah) selama sebulan berdoa bagi pihak golongan qurra’ yang syahid dalam kalangan sahabat di Bi’r Ma’unah untuk menolak pemberontakan mereka.” Ini bukanlah untuk mendapatkan semula mereka yang telah syahid kerana perkara itu mustahil. Oleh itu, diqiaskan sebab-sebab Qunut Nazilah yang lain kepada perkara ini. (Rujuk Tuhfat al-Muhtaj, 2:68)

BACA JUGA: Hukum “Troll” Menggunakan Ayat Al-Quran, Ini Penjelasan Mufti

Kesimpulan

Oleh yang demikian, apa yang dapat diperhatikan daripada nas dan pernyataan ulama di atas, doa Qunut Nazilah ini dibacakan ke atas golongan kafir dan murtad yang diperangi oleh orang Islam serta pada musibah besar yang menimpa mereka. Selain daripada itu, ia dibaca dalam konteks peperangan jihad yang dituntut dan dibenarkan oleh syarak sepertimana situasi yang dihadapi oleh Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar al-Siddiq RA dan Saidina Umar al-Khattab RA. Tidak terdapat riwayat hadis atau pandangan ulama yang mengharuskan bacaan doa Qunut Nazilah ke atas golongan Islam sendiri.

Oleh itu, perbuatan membaca doa qunut nazilah ke atas orang Islam, tidak kira ia menjadi musuh atau lawan sesama umat Islam, adalah tidak dibolehkan dalam apa jua keadaan. Apatah lagi jika hanya melibatkan perselisihan faham dan pandangan yang biasa dalam politik dan seumpamanya. Hal ini seharusnya dielakkan kerana ia akan menjerumuskan seseorang kepada perbuatan yang ekstrim dan melampau dalam agama.

Waallahu a’lam.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

BACA JUGA: Hukum Solat Dalam Keadaan Melipat Lengan Pakaian, Ini Penjelasan Mufti