Utama

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Mahkamah Perlembagaan Thailand Lucut Jawatan PM Srettha Thavisin
Thailand — Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dilucutkan jawatan pada Rabu oleh Mahkamah Perlembagaan Thailand berikutan keputusan mahkamah terhadapnya dalam kes etika yang melanggar perlembagaan negara tersebut, lapor AFP.
Keadaan ini sekaligus menandakan pergolakan politik baharu di negara itu.
Para hakim memutuskan Srettha telah melanggar peraturan dengan melantik peguam, Pichit Chuenban, yang mempunyai sabitan jenayah dalam barisan kabinetnya.
BACA: Maybank Di Kota Kinabalu Jadi Tarikan, “Spot” Bergambar Untuk Pelancong
Keputusan tersebut dibuat seminggu selepas mahkamah membubarkan parti pembangkang terbesar di Thailand, Move Forward Party (MFP). Bekas pemimpin MFP turut menerima larangan untuk berpolitik selama 10 tahun.
“Mahkamah memutuskan dengan majoriti lima hingga empat bagi perlucutan jawatan Perdana Menteri di bawah perlembagaan kerana beliau tidak menunjukkan kejujuran dalam melantik menteri ini (Pichit),” kata Hakim Punya Udchachon ketika membaca penghakiman mahkamah.
Menurut Punya, Srettha sudah mengetahui mengenai pertuduhan terhadap Pichit pada tahun 2008 apabila dia membuat perlantikan tersebut. Biarpun Pichit telah meninggalkan barisan kabinet dalam usaha menyelamatkan kedudukan Srettha, pihak mahkamah tetap meneruskan kes yang bermula dari aduan bekas senator lantikan bekas junta pemerintah Thailand.
“Pelantikan responden kedua (Pichit) menunjukkan responden pertama (Srettha) tidak mempunyai kejujuran dan melanggar piawaian etika,” tambah Punya.
PM Srettha Thavisin bertugas tidak sampai setahun
Srettha meninggalkan pejabatnya setelah bertugas kurang dari setahun, menjadikannya Perdana Menteri ketiga dari MFP yang ditendang keluar oleh Mahkamah Persekutuan.
Perintah mahkamah tersebut turut menolak keseluruhan barisan kabinet Srettha. Justeru, parlimen perlu bermesyuarat bagi memilih Perdana Menteri baharu Thailand.
BACA: Pesawat Terhempas Di Brazil, 61 Orang Terkorban
Terdahulu, Pichit merupakan seorang peguam yang pernah dikaitkan dengan keluarga bekas Perdana Menteri Thailand yang juga bekas pemilik Kelab Bola Sepak Manchester City, Thaksin Shinawatra. Pada 2008, Pichit dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan berikutan kesalahan berkaitan rasuah.
Selama 20 tahun, Thailand mengalami ketidakstabilan politik yang kronik. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas apabila berlaku protes jalanan, perintah mahkamah dan penggulingan kerajaan yng kebanyakan berpunca dari pertempuran berpanjangan antara tentera, penubuhan pro-diraja dan parti progresif yang dikaitkan dengan Thaksin.
Sumber: AFP