Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Lebih 71,000 Lepasan STPM & Setaraf Ditawar Ke Universiti Awam
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan telah menawarkan tempat kepada seramai 71,290 calon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf bagi melanjutkan pengajian di Universiti Awam. Pengajian setaraf tersebut terdiri daripada lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Matrikulasi, Asasi dan Diploma.
Jumlah tersebut merupakan 77.47 peratus daripada keseluruhan permohonan yang diterima kali ini.
“Pada tahun ini, KPT telah menerima 105,424 permohonan yang layak bagi lepasan STPM atau Setaraf untuk melanjutkan pengajian menerusi UPUOnline. Seramai 71,290 calon (77.47%) telah ditawarkan tempat bagi melanjutkan pengajian,” katanya.
BACA: Guru Sabah Menang Anugerah Guru Dedikasi Cambridge 2024
Menurut KPT, sesi kali ini menawarkan sebanyak 1,114 program pengajian Sarjana Muda secara keseluruhannya.
“Kemasukan pelajar ke institusi-institusi tersebut dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah,” ujarnya.
Dalam pada itu, pihak KPT turut mengumumkan pembukaan saluran rayuan bagi calon lepasan STPM dan setaraf yang tidak mendapat tawaran untuk ke Universiti Awam.
“Kepada calon yang tidak mendapat tawaran pengajian, Kementerian kini telah membuka saluran peluang kedua melalui proses rayuran di UPUOnline dalam tempoh 10 hari, bermula daripada 6 September 2024, jam 12.00 tengah hari sehingga 15 September 2024, jam 5.00 petang,” maklumnya lagi.
BACA: Bukan SPM Je, Ni Laluan Lain Ke Universiti Adik-adik Boleh Cuba
Pihak KPT turut menasihati para calon yang berjaya mendapat tempat agar menggunakan peluang ini sebaiknya.
Pada Jun lalu, seramai 159,027 calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tawaran bagi melanjutkan pengajian di Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam di seluruh negara.