Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
tealive ke timur tengah
Kredit: Bernama

Tealive Berkembang Ke Timur Tengah, Bekerjasama Dengan Konglomerat Dari Dubai

Azizah Najib

Tealive Berkembang Ke Timur Tengah, Bekerjasama Dengan Konglomerat Dari Dubai

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) — Loob Holding Sdn Bhd, pemilik jenama teh Tealive, menandatangani perjanjian francais induk dengan konglomerat terkemuka dari Dubai, Eureka Restaurant and Café untuk membawa jenama itu ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Bryan Loo berkata pasaran UAE sangat menarik dengan landskap makanan dan minuman yang pesat berkembang.

“Bekerjasama dengan Eureka menjadi kunci untuk membawa pengalaman minuman Tealive ke UAE, dengan menggabungkan inovasi kami bersama budaya tempatan.

BACA: Aina Abdul Dinobat Sebagai Bintang Paling Popular

“Kami yakin bahawa kerjasama ini akan menjadi batu loncatan kepada kejayaan pengembangan cawangan Tealive di Timur Tengah,” katanya dalam kenyataan.

Eureka Restaurant and Café diwakili oleh pengasas kumpulan Abdulwahab Ilyas Galadari, yang juga ahli Lembaga Pengarah Ilyas & Mustafa Galadari (IMG) Group.

IMG Group dan Eureka Restaurant and Cafe merupakan konglomerat keluarga dari legasi keluarga Galadari, yang terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk taman tema, makanan dan minuman, teknologi, perdagangan, komoditi dan pelaburan.

BACA: KJ Menang Anugerah Penyampai Radio Popular

Sementara itu, Galadari berkata pihaknya melihat potensi besar untuk jenama ini berkembang dan bersama-sama dengan Loob, ia berhasrat menjadikan Tealive sebagai jenama teh boba pilihan utama di rantau ini.

“Fasa pertama pengembangan akan tertumpu di bandar-bandar utama, bermula dengan pembukaan kedai pertama di Dubai pada awal 2025, diikuti empat lagi cawangan di bandar-bandar utama UAE pada tahun pertama beroperasi,” katanya.

Ini merupakan langkah pertama Tealive memasuki pasaran Timur Tengah yang berpotensi besar, selepas kejayaan memasuki pasaran Afrika dan Amerika Utara dalam tempoh dua tahun lepas.

BACA: Cita Rasa Masa Hadapan Dengan Lapan Trend Kulinari Terkini di Worldchef Congress & Expo 2024

Sumber: Bernama