Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
murid maut dihempap tembok
Kredit: Detik.com

Pelajar Sekolah Maut Dihempap Tembok Runtuh

Azizah Najib

Pelajar Sekolah Maut Dihempap Tembok Runtuh

Indonesia – Seorang pelajar sekolah menengah di Banjarnegara, Jawa Tengah maut dihempap tembok yang runtuh ketika cuba melompat keluar dari kawasan sekolah, lapor Detik.

Ketua Polis Daerah Bawang, Inspektor Suhardi Deny Setyawan menyimpulkan kejadian tembok yang menghempap pelajar berkenaan sebagai kemalangan.

“Kemungkinan tembok itu sudah tidak kuat lalu roboh,” katanya.

Menurut Timbalan Pengetua sekolah berkenaan, Sapto Suwarno, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 8 pagi waktu tempatan. Kejadian dipercayai bermula apabila tiga orang pelajar melompat ke atas tembok untuk keluar dari sekolah. Mangsa merupakan pelajar terakhir yang melompat ke atas pagar tersebut.

BACA: Bekas Ahli Kumpulan One Direction, Liam Payne Meninggal Dunia

“Pelajar tersebut melompat ke atas tembok untuk keluar sekolah. Ketika pelajar pertama melompat, dinding tembok masih belum roboh. Namun, ketika pelajar ketiga melompat, tembok itu runtuh,” jelasnya.

Berikutan itu, tembok yang runtuh itu menghempap mangsa bersama seorang lagi pelajar. Mangsa disahkan meninggal dunia manakala seorang pelajar mengalami kecederaan di kepala. Dalam pada itu, seorang lagi murid berada dalam keadaan selamat.

Kredit: Detik.com

“Pelajar yang pertama terjun ditemui selamat manakala pelajar yang kedua mengalami kecederaan di kepala. Mangsa, pelajar yang ketiga terjun dari tembok maut akibat dihempap tembok itu.

“Seorang mangsa yang terselamat sedang menerima rawatan di hospital sebagai pesakit luar kerana cedera ringan.

“Jenazah mangsa yang maut pula telah diserahkan kepada keluarganya,” tambah Sapto.

BACA: Lelaki Selamat, Dua Ahli Keluarga Maut Selepas Dua Bulan Hanyut Tengah Laut

Menurutnya lagi, tembok tersebut berada di bahagian belakang sekolah yang jauh dari tempat aktiviti pelajar. Disebabkan itu, kejadian tersebut lambat disedari.

“Tembok ini jauh dari bilik darjah. Jadi tidak ramai yang tahu mengenai kejadian ketika ia berlaku.

“Kejadian hanya disedari apabila pekerja buruh melihat ada tembok yang runtuh,” katanya.

Sapto berkata, tembok berkenaan merupakan binaan tua yang dibina sekitar 1988.

“Tembok itu tembok lama yang dibina sekitar 1988. Ia juga tidak mempunyai sebarang besi. Jadi kemungkinan tembok tertolak apabila pelajar melompat,” ujarnya lagi.

Pihak polis mencadangkan kepada pihak sekolah agar merobohkan tembok berkenaan.

“Sebaik-baiknya robohkan sahaja kerana ada jalan di bawahnya, ia membawa bahaya kepada pengguna jalan,” ujarnya.

BACA: Kira Siap-Siap, Lelaki Kongsi Bajet Belanja Untuk Masuk Rumah Baharu

Sumber: Detik.com