Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
dua beranak terima ijazah
Gambar: TikTok @clumsytea_
Tiada Kategori

“Ibuku Classmatesku..”, Dua Beranak Terima Ijazah Raih Perhatian Ramai

Nur Alissa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

“Ibuku Classmatesku..”, Dua Beranak Terima Ijazah Raih Perhatian Ramai

Setiap individu yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi tentunya memasang impian untuk menggenggam segulung skrol, tanda sudah menamatkan pengajian.

Apatah lagi mengenang kembali pelbagai momen pahit manis yang dilalui sepanjang menimba ilmu di menara gading ini.

Antaranya termasuklah bersengkang mata menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, berjalan ke kelas bersama rakan-rakan seperjuangan dan banyak lagi.

Oleh itu, ramai graduan yang mengabadikan hari indah ini di platform media sosial termasuklah Siti Nur Fatihah Mohd Zamri di akaun TikToknya @clumsytea_.

Menerusi perkongsian video tersebut, Fatihah yang juga pelajar dalam jurusan Perniagaan (Kepujian) Kewangan berkongsi momen-momen manis sewaktu Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ke-100.

Lebih manis lagi, dia turut menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda bersama ibunya sendiri, Surawati Rahimin.

Dalam klip tersebut, dia yang berjubah ungu itu saling membetulkan pakaian rasmi yang dipakai ibunya sebelum masuk ke dalam majlis.

Gambar: TikTok @clumsytea_

Ibu ajak sambung belajar bersama

dua beranak terima ijazah
Gambar: TikTok @clumsytea_

Kongsi Fatihah, ibunya merupakan tulang belakang untuknya meneruskan pengajian, sebelum melangkah ke alam universiti baik.

“Dulu kita tak nak sambung belajar sebab dah selesa kerja masa umur 19 dan tak ada kawan nak sambung degree. Tapi ibu kata, jom kita sambung belajar sama-sama barulah tak bosan.” tulisnya.

dua beranak terima ijazah
Gambar: TikTok @clumsytea_

Siapa sangka, ibu yang melahirkan dan membesarkan kita merupakan rakan kelas di menara gading.

Respon warga maya

Perkongsian ini mencuri perhatian ramai warganet di platform tersebut, menyifatkan ia adalah satu kenangan yang sangat bermakna untuk mereka.

Apatah lagi, belajar merupakan satu proses pembelajaran yang berlaku sepanjang hayat seseorang, tanpa mengira usia atau peringkat pendidikan.

Berikut antara respon netizen terhadap video tersebut;

“Mesti tak boleh main-main dalam kelas sebab mak dekat sebelah,” seloroh seorang netizen.

“Auto jadi geng group assignment ni hahaha,” kata seorang lagi.

“Sangat rare. Tak pernah berlaku lagi mak convo bersama dengan anak,” ujar seorang lagi.

“Okay aku stop dulu sambung Master sebab aku tak ada geng. Aku tunggu anak aku lah. Tapi bapanya pun belum ada,” kata seorang lagi.

“Boleh dahni buat tajuk novel ‘ibuku classmatesku’,” seloroh seorang lagi.

Untuk makluman, video ini telah meraih lebih 250,000 tontonan dengan lebih 42,000 tanda ‘Suka’ dan pelbagai komen pengguna.

Sumber: TikTok @clumsytea_

BACA: Rupanya Ini Kos Anggaran Jika Nak Buka Cawangan MIXUE

BACA: Ini Cara Kemas Kini STR 2025 Secara “Online”