Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
tesla guna komponen tempatan
Kredit: Bernama

Tesla Guna Komponen Pembekal Tempatan, Pindah Teknologi Kepada Syarikat Malaysia – MITI

Azizah Najib

Tesla Guna Komponen Pembekal Tempatan, Pindah Teknologi Kepada Syarikat Malaysia – MITI

KUALA LUMPUR, 21 November (Bernama) — Pengeluar kenderaan elektrik (EV) Amerika Syarikat, Tesla menggunakan komponen daripada kira-kira 45 pembekal tempatan secara langsung dan tidak langsung yang turut melibatkan pemindahan teknologi kepada pembekal tempatan.

Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), antara pengeluar tempatan utama yang digunakan adalah bagi komponen semikonduktor, pemeriksaan jentera dan sistem automasi kilang.

“Walaupun Tesla tidak pernah memberikan sebarang komitmen untuk membuat pemasangan tempatan bagi kenderaannya, MITI melalui agensinya Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sentiasa mengadakan perbincangan mengenai potensi bagi Tesla menggunakan rantaian bekalan tempatan bagi komponen keluarannya,” katanya.

BACA: Ditanya Mengenai Status Halal Produk Sebelum Ini, KA Beri Penjelasan

MITI berkata demikian menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini bagi menjawab pertanyaan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) mengenai pendirian dan strategi kerajaan susulan laporan pembatalan rancangan Tesla untuk membina kilang di rantau ini termasuk Malaysia.

Menurut kementerian, bertapaknya Tesla sebagai syarikat pengeluar EV utama dunia di Malaysia menunjukkan keyakinannya terhadap pasaran EV tempatan serta dasar galakan EV yang dilaksanakan kerajaan.

MITI berkata kerajaan akan terus menggiatkan usaha untuk menarik pelabur asing dan tempatan dalam sektor autmotatif dan sektor lain yang berkaitan untuk menjalankan operasi di Malaysia.

“Langkah ini akan membantu meningkatkan keupayaan rantaian bekalan tempatan serta menggalakkan aktivti lokalisasi komponen automatif,” katanya.

BACA: Bomba Selamatkan 40 Mangsa Termasuk 21 Kanak-Kanak Terperangkap Kepala Air Di Dabong

Menurut kementerian, kemasukan syarikat Tesla ke Malaysia pada 2023 adalah melalui program Lesen Import (AP) Peneraju Global Kenderaan Elektrik Berkuasa Bateri (BEV) yang diadakan khusus untuk menarik syarikat multinasional pengeluar utama BEV untuk membuka perniagaan dan melabur di Malaysia.

Beberapa syarat telah dikenakan kepada Tesla yang menyertai program berkenaan, melibatkan komitmen seperti memasang sekurang-kurangnya 50 pengecas EV segera dengan kapasiti melebihi 180 kilowatt dan memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus pengecas EV yang dipasang boleh digunakan umum bagi EV jenama lain (selain Tesla), katanya.

MITI berkata selain itu, Tesla perlu bekerjasama dengan sekurang-kurangnya 10 syarikat pengecas tempatan untuk membangunkan teknologi pengecas.

BACA: PASTI Cipta Rekod, Seramai 121,180 Murid Sertai Sesi Hafazan Al-Quran

Sumber: Bernama