Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
hujan berterusan kelantan terengganu
Kredit: Bernama

Amaran Hujan Lebat Berterusan Tahap Bahaya Di Seluruh Kelantan, Terengganu

Azizah Najib

Amaran Hujan Lebat Berterusan Tahap Bahaya Di Seluruh Kelantan, Terengganu

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan di beberapa kawasan dengan tiga tahap iaitu bahaya, buruk dan waspada.

Menerusi muat naik di laman Facebook, amaran hujan berterusan pada tahap bahaya dikeluarkan bagi seluruh negeri Kelantan dan Terengganu sehingga 29 November. Begitu juga dengan Jerantut dan Kuantan di Pahang.

Sementara itu, beberapa kawasan dijangka alami hujan lebat berterusan pada tahap buruk bagi seluruh negeri Perlis sehingga Jumaat. Di Kedah, daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling turut tersenarai.

BACA: Banjir Kilat: Warga Emas Maut Selepas Kereta Dihanyut Arus Deras Ke Dalam Sungai

Keadaan di Perak menunjukkan kemungkinan daerah Hulu Perak juga bakal alami hujan lebat berterusan pada tahap yang sama. Di Pahang, MetMalaysia mengeluarkan amaran yang sama terhadap Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut menjangkakan beberapa negeri mengalami hujan lebat berterusan pada tahap waspada sehingga 29 November ini. Seluruh negeri Pulau Pinang dijangka alami cuaca berkenaan. Manakala di Kedah, daerah yang tersenarai merupakan Langkawi, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

Melihat keadaan di Perak, MetMalaysia mengeluarkan amaran tersebut bagi Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar. Selain itu, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera di Pahang juga menerima amaran yang sama.

BACA: Banjir: Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Di Pasir Puteh

Turun ke Johor, daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi juga tersenarai bakal alami hujan lebat berterusan tahap waspada.

Di Sabah, hanya Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat dijangka terlibat mengalami hujan berterusan tahap waspada.

Berikutan amaran ini, orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi cuaca buruk, serta berhati-hati ketika memandu. Elakkan berada di tempat berisiko.

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

BACA: Banjir Makin Memburuk Di Kelantan, Beberapa Kawasan Dilapor Terjejas

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)