Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
berzikir tengok rumah roboh
Kredit: Azroy Hisham
Tiada Kategori

Hanya Mampu Berzikir Tengok Rumah Roboh Depan Mata Akibat Banjir

Azizah Najib

Hanya Mampu Berzikir Tengok Rumah Roboh Depan Mata Akibat Banjir

Bencana banjir yang melanda seluruh negara akibat musim tengkujuh semakin memburuk hari demi hari. Setakat ini, jumlah mangsa banjir sudah melebihi 120,000 di seluruh negara. Ada yang masih selamat duduk di rumah masing-masing, ada juga yang sudah berpindah ke pusat-pusat pemindahan sementara.

Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan rumah rakit Pokwe yang berjaya mengharungi bencana banjir buat tahun ketiga. Dengan menggunakan hampir 100 tong plastik dan papan fascia, rumah tersebut mampu terapung dan tidak hanyut dibawa arus apabila ditambat menggunakan tiang-tiang di kiri dan kanan rumah.

Namun kali ini, media sosial kembali suram dengan kisah duka seorang lelaki yang kehilangan rumahnya akibat bencana ini.

BACA: Keadaan Banjir Semakin Buruk, Mangsa Banjir Kini Lebih 120,000

Seorang mangsa banjir hanya mampu berzikir sambil melihat rumahnya roboh dilanda banjir, semalam.

Menerusi video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok, Azroy Hisham, lelaki berkenaan kelihatan tenang berzikir sambil duduk memegang tasbih di hadapan rumahnya.

“Allahuakbar. Rumah telah roboh, pemiliknya tetap berzikir dan reda atas apa yang terjadi. Semoga dipermudahkan urusannya,” ujar Azroy.

Rumah kampung yang diperbuat daripada kayu dan batu tersebut rosak sepenuhnya apabila dibadai arus air banjir yang kuat. Orang ramai juga hanya mampu memerhati kejadian tersebut dari tempat yang selamat.

BACA: Idea Menjadi, Rumah Pokwe Berjaya Terapung Lagi Dalam Banjir

Menjengah ke ruangan komen, pemilik rumah tersebut dipercayai memiliki perniagaan coconut shake. Dikenali sebagai Pokloh, mangsa sering berniaga di Pasar Malam Pasir Mas setiap Rabu.

“Pemilik ni baik, dia penjual air coconut shake dekat Pasar Malam Pasir Mas. Layan pembeli senyum sentiasa, bercakap pun lembut. Semoga saudara kuat,” kongsi seorang warga maya.

“Masa tok ayah datang tadi, pemilik senyum je. Allah. Kuatnya dia,” luah seorang lagi.

Dalam pada itu, warga maya berpusu-pusu mendoakan kesejahteraan buat mangsa. Setakat ini, berita lanjut dan keadaan terkini lelaki terbabit tidak dapat dipastikan.

BACA: Jangan Panik, Ini 5 Tip Selamatkan Kereta Selepas Tenggelam Dalam Banjir

Sumber: Azroy Hisham