Terkini

Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Cara Mengenal Pasti Barang Tiruan di Pasaran : KPDN
Gambar AI
Tiada Kategori

4 Cara Nak Cek, Kenal Barang Tiruan Sebelum Beli

suhaila

Ini Cara Nak Cek, Kenal Barang Tiruan Sebelum Beli

Barang tiruan merujuk kepada produk yang dihasilkan untuk meniru atau menyalin barang asli, dengan tujuan untuk mengelirukan pengguna supaya membeli produk tersebut dengan harapan ia adalah barang yang sah dan berkualiti.

Produk tiruan biasanya lebih murah berbanding dengan barang asli dan sering kali mempunyai kualiti yang lebih rendah.

Menerusi perkongsian di Laman Facebook Rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) baru-baru ini, terdapat empat cara mudah yang boleh kita gunakan untuk mengenal pasti barangan tiruan yang terdapat di pasaran.

Berikut adalah huraian mengenai empat cara henda cek atau kenal pasti barang tiruan yang terdapat dipasaran sepertimana yang dikongsikan oleh FB KPDN :

1. Peniruan Ejaan Nama Jenama

Barang tiruan dapat dikenali melalui ejaan nama dan logo produk yang serupa dengan jenama asli. Pihak yang mengeluarkan barang tiruan sering kali menggunakan taktik ini untuk mengelirukan pengguna dan memberi gambaran bahawa produk tersebut adalah produk sah dan asli.

Dengan lebih peka terhadap perbezaan halus dalam ejaan dan logo, kita dapat mengelakkan diri daripada tertipu dengan barang tiruan dan memastikan produk yang kita beli adalah sah dan berkualiti.

2. Periksa Pembungkusan Produk

Pembungkusan barang tiruan biasanya tidak sebaik produk asal. Perhatikan aspek seperti kualiti kertas pembungkusan, kesempurnaan cetakan warna, dan kejelasan logo.

Selain itu, pembungkusan barang tiruan sering kali kelihatan kurang kemas seperti kesan cetakan yang kabur atau tidak konsisten dengan produk asli dari segi reka bentuk.

3. Periksa Kualiti Produk

Produk tiruan sering kali menggunakan bahan yang lebih murah dan kurang berkualiti. Apabila memegang produk, perhatikan tekstur dan beratnya.

Barang asli biasanya mempunyai ketahanan yang lebih baik, material yang lebih mantap, serta rasa yang lebih premium.

Jika produk terasa ringan, rapuh, atau tidak sesuai dengan kualiti yang dijanjikan oleh jenama, kemungkinan besar ia adalah tiruan.

4. Perhatikan Harga yang Terlalu Murah

Salah satu petunjuk utama untuk mengenal pasti barang tiruan adalah harga yang terlalu rendah. Jika sesuatu produk dijual dengan harga jauh lebih murah berbanding harga pasaran sebenar, ia boleh jadi petanda bahawa produk tersebut adalah tiruan.

Barang asli yang berkualiti mempunyai kos pengeluaran yang lebih tinggi dan biasanya dijual pada harga yang lebih stabil.

Dengan mengikuti empat cara ini, kita dapat lebih bijak dalam mengenal pasti barangan tiruan yang terdapat di pasaran dan mengelakkan daripada tertipu. Oleh itu, sentiasa berhati-hati dan bijak dalam membuat pembelian.

BACA : 10 Perkara Boleh Buat Sementara Menunggu Keputusan SPM

BACA : 8 Cara Atasi Kutu Kucing Dengan Berkesan