Penyanyi, Shukri Zainal Meninggal Dunia
Pernah mendendangkan lagu berjudul Puisi Rindu, Mohd Azam Zainal Abidin atau dikenali sebagai Shukri Zainal telah menghembuskan nafas terakhir pada Rabu. Berita duka tersebut disampaikan oleh rakan-rakan menerusi beberapa muat naik di media sosial.
Menurut salah seorang pengguna Facebook, Mohd Bukhary, jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batang Rokan, Gemencheh.
“Tiada kata yang mampu menggambarkan kehilangan ini. Seorang sahabat yang baik, seorang insan yang sentiasa menyenangkan, kini telah kembali ke pangkuan Ilahi. Hanya doa yang mampu kami titipkan buatmu,” nukilnya.
Dalam satu lagi muat naik dari Mosteleyy Bestz, Allahyarham disifatkan sebagai seorang yang ceria dan gemar berjenaka.
“Kali terakhir kita jumpa masa tu abang lesu dan kurang senyum. Orangnya baik sangat. Sempat dia bagi saya satu baju raya dengan ayat ‘kau ambillah baju ni, aku takkan pakai dah tak muat’,” kongsi lelaki tersebut.
Tambahnya lagi, mereka sempat bertemu buat kali terakhir bagi merakam sebuah video untuk Ramadan.
“Semalam saya mesej abang, saya pelik kenapa tak balas. Rupanya masa tu arwah dah tak ada,” ujarnya.
BACA: Gene Hackman Dan Isteri Ditemui Meninggal Dunia
BACA: Pelakon Popular, Michelle Trachtenberg Meninggal Dunia
Sumber: Mohd Bukhary, Mosteleyy Bestz