Siakap Keli
juruterbang lupa pasport
Kredit: Yang Shuhan via CNN

Juruterbang Lupa Bawa Pasport, Pesawat Terpaksa Berpatah Balik

Juruterbang Lupa Bawa Pasport, Pesawat Terpaksa Berpatah Balik

New York – Sebuah pesawat United Airlines Boeing 787 terpaksa berpatah balik selepas salah seorang juruterbangnya berlepas tanpa membawa pasport, lapor CNN.

Penerbangan ke Shanghai yang berlepas dari Los Angeles sekitar jam 2 petang pada Sabtu itu membawa 257 penumpang dan 13 kru, menghala ke arah Barat Laut merentasi Lautan Pacific.

Selepas dua jam berlepas, pesawat berkenaan berpatah balik dan mendarat di San Fransisco sekitar jam 5 petang waktu tempatan. Perkara berkenaan disahkan oleh syarikat penerbangan tersebut menerusi satu kenyataan.

“Juruterbang tidak membawa pasport. Kami telah menggesa kru baharu membawa para penumpang ke destinasi mereka pada petang itu. Penumpang turut diberikan baucar makanan dan pampasan,” maklum syarikat tersebut.

Sebagai makluman, pesawat tersebut berlepas kira-kira jam 9 malam bersama pasukan kru yang baharu dan mendarat di Shanghai kira-kira enam jam lewat daripada jadual.

Menurut salah seorang penumpang China, Yang Shuhan, pengumuman dibuat oleh juruterbang yang menyatakan dia terlupa membawa pasportnya bersama.

Selepas mendarat di San Francisco, Yang menerima dua baucar makanan berjumlah USD30 (RM132.83) yang digunakan penumpang berkenaan di salah sebuah restoran makanan Jepun. Wanita berkenaan turut memfailkan tuntutan pampasan yang dianggarkan bakal menerima maklum balas dalam 14 hari bekerja.

Biarpun jadualnya terganggu disebabkan masalah tersebut, Yang meluahkan penghargaan buat kejujuran juruterbang berkenaan.

Susulan kejadian yang tidak disangka itu, penerbangan pulang UA 199 dari Shanghai ke Long Angeles turut mengalami kelewatan.

Pengasas Endau Analytics, sebuah firma penasihat yang menjurus kepada industri penerbangan, Shukor Yusof menyifatkan perkara ini sebagai sesuatu yang memalukan bagi United Airlines.

Beliau berkata, kesilapan itu tidak dapat diterima bagi syarikat penerbangan bertaraf global yang menunjukkan kekurangan disiplin pekerjanya. Syarikat penerbangan United Airlines merupakan salah sebuah syarikat penerbangan terbesar di dunia. Dengan menerbangkan 140 juta penumpang ke lebih 300 destinasi, pesawat syarikat berkenaan merentasi enam benua setiap tahun.

Katanya lagi, sikap pelupa yang ditunjukkan menerusi kejadian tersebut boleh menyebabkan syarikat terbabit menanggung kos yang tinggi. Hal ini termasuk kos bahan api yang perlu mereka buang sebelum membuat lencongan, juga pampasan yang diberi kepada penumpang.

BACA: Kabinet Bersetuju Dengan Terma, Syarat Perjanjian Pencarian Bangkai Pesawat MH370

BACA: Singapore Airlines Larang Guna, Cas “Power Bank” Dalam Penerbangan

Sumber: CNN

 

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.