Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
cara pakai lencana
Kredit: Bernama

Cara Pakai Lencana Jalur Gemilang Dengan Betul

Azizah Najib

Ini Cara Pakai Lencana Jalur Gemilang Dengan Betul

Ramai yang terkejut dengan pekeliling terbaru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mewajibkan setiap pelajar di institusi pendidikan bawah kementerian tersebut memakai lencana Jalur Gemilang.

Jangan risau, jangan susah hati. Kewajipan memakai lencana simbol kebangsaan ini sebenarnya penting dalam memupuk jati diri anak-anak. Selain menyemai semangat patriotisme, pemakaian lencana yang tidak perlu dijahit ini bertujuan mendidik para pelajar menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap amanah yang diberi.

Sebagai ibu bapa, pasti anda pening dan tidak tahu bagaimana caranya untuk memakaikan lencana ini pada baju anak anda. Berikut SK kongsikan kepada anda cara yang betul pakai lencana Jalur Gemilang.

Diperbuat daripada plastik dan plat keluli, lencana perlu dipakai pada bahagian kanan dada, selari dengan kedudukan tanda nama murid.

“Lencana ini harus dipakai secara seragam oleh semua murid bagi menunjukkan kesamarataan dan kebersamaan serta kebanggaan terhadap negara,” maklum KPM.

Anda boleh rujuk gambar-gambar di bawah untuk melihat kedudukan yang lebih jelas.

cara pakai lencana jalur gemilang pra sekolah
Kredit: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Kredit: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Kredit: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
cara pakai lencana jalur gemilang
Kredit: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Kredit: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
cara pakai lencana jalur gemilang
Kredit: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Kredit: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Kredit: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Berikut spesifikasi lencana Jalur Gemilang:

Kredit: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Selain daripada kedudukan lencana, terdapat juga beberapa perkara yang pelajar dan ibu bapa perlu ambil berat dalam hal ini.

Pelajar perlu memastikan lencana sentiasa dipakai dengan kemas, bersih dan tidak rosak. Jika terdapat lencana yang telah pudar atau rosak, pelajar perlu menggantikannya dengan lencana yang baharu.

“Hal ini bagi memastikan lencana Jalur Gemilang dipertahankan dalam keadaan baik,” tegas kementerian menerusi pekeliling tersebut.

Selain daripada itu, pelajar atau sesiapa sahaja tidak dibenarkan memakai lencana secara sembarangan atau meletakkan lencana pada pakaian yang tidak sesuai.

“Murid juga tidak dibenarkan untuk membuat perubahan pada lencana, seperti mengubah kedudukan, saiz, bentuk atau warnanya.

“Pemakaian lencana Jalur Gemilang mesti dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan tidak boleh dipakai dalam keadaan kotor, rosak atau tidak terurus. Lencana Jalur Gemilang tidak boleh digabungkan dengan aksesori lain atau dihias dengan cara yang boleh menjejaskan maruah simbol kebangsaan tersebut,” tegasnya lagi.

BACA: Pelajar Perlu Pakai Lencana Jalur Gemilang Bermula April – KPM

BACA: Aidilfitri: KPM Umum 3 Hari Cuti Tambahan

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)