Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
jep istimewa
Kredit: Instagram Jep Sepahtu

Genap Usia 40 Tahun, Jep Kongsi Mengenai ‘Hadiah Istimewa’

Azizah Najib

Genap Usia 40 Tahun, Jep Kongsi Mengenai ‘Hadiah Istimewa’

Pelawak dan pengacara terkenal, Mohd Nadzri Zainal Abidin atau nama pentasnya Jep Sepahtu berkongsi kegembiraan menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-40 di laman Instagram.

Menerusi muat naik tersebut, Jep turut berkongsi berita yang mengejutkan berkenaan ‘hadiah istimewa’ yang diterimanya.

“Hari ini genap usiaku yang ke-40 tahun. Baru sahaja tadi aku mendapat hadiah yang membuat air mata aku tak berhenti mengalir. Syukur Alhamdulillah di atas pemberian ini.

“Ternyata sangkaan baik ku selama beberapa tahun ini akan terus menjadi sangkaan baik sepanjang hidup,” kongsinya.

Berdasarkan muat naik tersebut, Jep berkongsi mengenai anaknya yang dipercayai didiagnos autism.

“Akan aku jaga amanah ini dengan penuh rasa syukur, cinta, kasih dan sayang. Khidir dan Abu Bakr seindah nama mu. #anakabah #anaksyurga #autism,” ucapnya.

Bagaimanapun, Jep tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai keadaan anak-anaknya itu.

Perkahwinan bersama pelakon jelita, Sari Yanti yang berlangsung pada 25 Februari 2017 mengurniakan kedua pasangan bahagia ini dengan tiga cahaya mata, Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr.

Sebelum perkahwinannya bersama Jep, Sari Yanti juga dikurniakan dua cahaya mata hasil perkahwinan pertamanya.

Menerusi perkongsian di media sosial, Jep sering berkongsi detik bahagia dan kemesraan bersama anak-anak termasuk kedua anak tiri, Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.

Jep mula dikenali apabila menyertai rancangan televisyen Astro, Raja Lawak 3 bersama Shuib dan Mamat pada 2009. Bermula dari saat itu, pelawak tersebut mengembangkan kerjayanya dalam bidanng lakonan, nyanyian dan pengacara.

Tidak terhenti di situ, Jep bersama kumpulannya, Sepah turut menjuarai rancangan Maharaja Lawak pada 2011. Malah, Jep terus menerima pelbagai anugerah sepanjang kerjayanya termasuk Artis Lawak MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2019.

Sehingga kini, Jep masih menggalas tanggungjawab sebagai penyampai radio di Sinar FM menerusi segmen Pagi Di Sinar bersama Rahim dan Ray. Memulakan tugas seawal jam 6 pagi, Jep bersama kedua-dua rakan sekerjanya bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat.

Sumber: Instagram @jepsepahtu

BACA: Tarif Trump: China Mungkin Bakal Haramkan Filem Hollywood

BACA: “Tak Mudah,” Lebih 20 Tahun PJJ, Wanita Kongsi Coretan Sayu