Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pjj
Kredit: Facebook Arda
Tiada Kategori

“Tak Mudah,” Lebih 20 Tahun PJJ, Wanita Kongsi Coretan Sayu

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

“Tak Mudah,” Lebih 20 Tahun PJJ, Wanita Kongsi Coretan Sayu

Perkahwinan sering dijanjikan bulan bintang, sehidup semati kita bersama. Tatkala akad dilafazkan, keindahan menongkah bahtera sepanjang hidup terus terpampang di lamunan raja sehari. Bermula dari hidup berdua, kemudian bertiga dan terus melihat keluarga berkembang di bawah satu bumbung yang sama.

Namun, tiada yang menyangka ada ujian yang begitu berat menanti untuk digalas setiap pasangan. Hidup sebumbung sahaja sudah bermacam cabaran, apatah lagi mereka yang terpaksa berjauhan, sendirian melayari bahtera tanpa pasangan di sisi.

Itulah yang dilalui oleh Puan Arda, isteri kepada seorang Penyelia Tapak Kanan selama lebih 20 tahun. Tanpa kehadiran suami yang perlu membanting tulang di kejauhan, arus kehidupan perlu dilalui sendirian dalam membesarkan anak-anak.

Ujian terbesar buat Puan Arda apabila anak susuannya, Nayli disahkan dyslexia atau mild autism ketika berusia 15 tahun.

“Allah uji akak, 13 tahun tiada zuriat. Saya diberi amanah anak seramai tiga orang, seorang anak kandung. Dia anak susuan akak,” kongsi Puan Arda ketika ditemu bual SK.

Nayli merupakan seorang pelajar di Sekolah Seni Malaysia Perak dalam jurusan Seni Muzik. Bakal melancarkan lagu single pertamanya pada 19 April ini, Nayli turut bakal memecahkan rekod peribadinya dalam aktiviti renang di Lang Buana River Camp Resort, Kuala Kangsar.

“Tak ada acara apapun, dia perenang PARA (OKU) Negeri Perak. Permintaan dia, nak berenang pecahkan rekod dia sendiri. Dia dah berenang dekat laut, tasik. Kali ini dia nak cuba di sungai,” maklumnya lagi.

Biarpun Nayli dilihat mempunyai pencapaian yang luar biasa, terdapat satu sisi kehidupan yang tidak pernah diceritakan Puan Arda kepada dunia selama ini.

Ikuti perkongsian dari hati, seorang isteri dan ibu yang menongkah kehidupan perkahwinan jarak jauh (PJJ) yang dikongsikan di Facebook ini.

Jam 4.21 pagi. Bahaya sebenarnya. Seorang mama tidur berdua dengan anaknya dalam kereta depan lukisan kartun ‘Nasi Ganja Ipoh’. Hanya pagarkan diri dengan ayat al-Quran. Pendinding diri walau pemikiran teringat Hilux kami pernah disamun perompak.

“Dik, mama tak berani balik rumah. Kita tidur dalam kereta ye? Mama takut ada yang ikut balik.”

“Ikut mama,” jawab adik. Manja lentok kepala di bahu saya. Anak yang tak menyusahkan.

Sumpah.

Tak daya teruskan perjalanan, saya demam. Tak juga gagah biarkan Nayli di wad, sendirian. Jam 1.30 pagi Nayli dimasukkan ke wad, jururawat minta saya temankan Nayli di wad. Nayli lemah asyik muntah dari petang.

“Saya tak boleh jaga Nayli, misi. Anak saya lagi seorang ni siapa nak hantar ke sekolah, siapa nak jaga dia?”

“Suami?” tanya jururawat.

“KL.”

Saya dah mula tersekat-sekat sendu jawab. Saya cium dahi Nayli dan cakap, “Love you, kakak. Esok mama datang lagi.”

Menjadi anak-anak Arda, kau kena kuat. Menjadi isteri Encik Site, kau kena korban jiwa, mental, fizikal. Sumpah.

Masa ni saya nak lelaki bernama suami ada tepi saya, peluk saya dan cakap “Abang ada.”

Ku demam, ku penat, ku letih, ku lapar.

Cikgu Azmi, Ketua Bidang Seni Tari Sekolah Nayli (Sekolah Seni Malaysia Perak) bekalkan roti sandwich masa di hospital tadi. Kami jamah. Untung saya, Allah hadirkan guru-guru baik melalui tiket anak istimewa kami, Nayli. Lepas seorang demi seorang guru WhatsApp saya tanya Nayli macam mana.

Tapi adik asyik sebut, “Adik nak nasi yang mama masak.”

Sotong masak kunyit dan keli goreng saya siapkan untuk adik. Sejenis budak nak makan nasi yang mama masak.

Maka, banyak kali saya bagi adik yang jawab telefon Encik Site. Tak sanggup nak cakap. Kalau cakap asyik menangis. Ater, ku bagi je ke adik. Saya nak dia, Encik Site tepi saya.

“Projek dah takde. Syarikat nak buang orang,” jawab Encik Site bila saya cakap nak duduk sekali bulan lepas. Terduduk saya. Kita semua diuji.

Tapi 22 tahun PJJ buatkan saya rasa tinggal sebumbung adalah hanya babak dalam novel atau drama. Saya dan semua mak-mak PJJ yang pendam situasi yang saya alami ni. Apatah lagi mak-mak isteri pekerja offshore, NAVY dan pekerja Kapal.

Nak meraung pun ada. Kak Arda bukan lah kuat, harap korang kuat lagi dari Kak Arda tau. Kalau aku rindu, aku pendam. Kalau aku sakit, aku diam (ni ayat Kak Arda).

“Lepas habis projek ni, syarikat dah takde projek. Budak status kontrak pun dah kena terminate. Mama kena sabar,” katanya.

Saya diam, bila dengar kata Encik Site ketika saya usulkan nak tinggal bersama di KL untuk 2025.

Ni cerita saya, ni cerita kami. Korang mak-mak PJJ, doakan Kak Da sihat ok pagi ni. Kesian Nayli. Dia genggam tangan Kak Da, tadi nak sangat Kak Da teman dia. Ni nak teruskan memandu semula ke Kampar, adik nak ke sekolah. Berbelah bahagi.

Kakak nak saya jaga dia di wad, adik nak ke sekolah, mama?

Tak kelakar hidup PJJ. Tak kelakar dua beranak tidur depan lukisan kartun. Tapi, andai saya dan mak-mak faham ilmu tauhid, kita dilahirkan di dunia ni sebenarnya bersendirian. Tapi itulah. Adakah saya masih menyangkal?

Salam tahajud mak-mak PJJ sekalian. Semoga Allah berikan kita pelangi indah setelah hujan ribut taufan melanda.

Panjang tulisan mama kali ni. Hanya sekadar beri teguran untuk anak cucu ku yang baca. Perkahwinan tak mudah, perkahwinan tak semua indah, perkahwinan PJJ tak kelakar tetapi wujud. Andai komer ada adik-beradik, saudara-mara yang PJJ, tanya la selalu khabar terutama anak-anaknya sebab…

‘Im not ok’, ‘We are not ok.’

Coretan aku, Arda. Surirumah lepasan Sarjana. Hidupku lillahitaala, hanya untuk anak-anak. Aku, akar tunjuang, keluarga tumbang.

Menamatkan perbualan, Puan Arda sempat berkongsi sebuah lagu nyanyian anak istimewanya, Nayli yang diberikan judul, Abadi. Lagu ciptaan Penghulu Daerah Parit yang dikenali sebagai Sang Tua ini merupakan sebuah doa buat para ibu PJJ di luar sana.

“Semoga ramai yang alunkan doa ‘Abadi’ ni setiap hari,” ujarnya.

Sumber: Facebook Arda

BACA: Istimewa, M.Nasir Dendangkan Lagu Nur Nilam Sari Di Hari Perkahwinan Anak

BACA: Pengantin Beri Salad Sebagai “Door Gift” Untuk Tetamu