Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
raja thailand boeing
Kredit: YouTube

Raja Thailand Terbangkan Boeing, Mendarat Di Landasan Paling Mencabar Dunia

Azizah Najib

Raja Thailand Terbangkan Boeing, Mendarat Di Landasan Paling Mencabar Dunia

Tanggal 25 April 2025 mencatatkan detik paling mendebarkan apabila Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn dan Permaisuri, Suthida Bajrasudhabimalalakshana mendaratkan sendiri pesawat Boeing 737-800 yang Baginda berdua naiki di Lapangan Terbang Antarabangsa Paro (PBH) ketika mengadakan lawatan rasmi ke Bhutan.

Detik mendebarkan tersebut turut dirakam dan disiarkan di laman YouTube Outsider’s Aviation.

Landasan lapangan terbang yang terletak di antara puncak Gunung Himalaya setinggi 18,000 kaki dan kawasan perumahan berketinggian 7,382 kaki itu merupakan antara landasan paling mencabar di dunia buat juruterbang. Bagi membolehkan pesawat melalui koridor gunung yang sempit, juruterbang perlu berkemahiran tinggi dalam menerbangkan pesawat dengan tepat.

Bukan sahaja disebabkan faktor geologi, malah keadaan cuaca yang tidak menentu di sana turut menambahkan cabaran. Arus udara menaik dan angin boleh berubah-ubah pada bila-bila masa di kawasan lembah tersebut.

Untuk pengetahuan anda, hanya 50 orang juruterbang di seluruh dunia mempunyai sijil untuk mendarat di landasan PBH setakat 2024.

Menerusi rakaman pendaratan, pesawat yang diterbangkan oleh Baginda Raja mendarat dengan lancar, dibantu oleh Baginda Permaisuri. Pendaratan yang begitu mengagumkan ini membuktikan kemahiran pasangan Diraja ini dalam bidang penerbangan, malah menjadikan sejarah diplomasi negara Baginda Raja yang tiada tolok bandingnya.

Sudah tentu, setiap perancangan pasti disusuli latihan terutamanya perkara yang berbahaya seperti ini. Duta Besar Thailand yang turut sama ke Bhutan, Makawadee Sumitmor mendedahkan persiapan menyeluruh Baginda Raja sebelum pendaratan bersejarah itu.

“Baginda menjalani latihan menggunakan simulator selama tiga hari dan melakukan pendaratan simulasi selama dua hari lagi di lapangan terbang tentera di Lop Buri,” maklumnya.

Bagi memastikan pendaratan tersebut berjalan lancar, pasangan Diraja tersebut turut mendapat bantuan pengemudian daripada seorang juruterbang Syarikat Penerbangan Diraja Bhutan, Drukair Corporation Limited yang mahir dengan landasan di sana.

Sumber: Aviation A2Z, Outsider’s Aviation, Travel and Tour World

BACA: WhatsApp Tidak Lagi Berfungsi Bagi 3 Model iPhone Bermula Hari Ini

BACA: Menangi Penerbangan Tanpa Had Selama Setahun Percuma Melalui Peraduan ‘Slip & Win’ di Seluruh Negara