Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
chatgpt cerai
Kredit: Romain Costaseca/Hans Lucas via AFP/dall-e chatgpt

Percaya Tafsiran ChatGPT Dakwa Suami Curang, Wanita Failkan Cerai

Azizah Najib

Percaya Tafsiran ChatGPT Dakwa Suami Curang, Wanita Failkan Cerai

Greece – Seorang wanita memfailkan perceraian selepas meminta ChatGPT mentafsir hampas kopi yang telah dihidangkan kepada suaminya, lapor Greek City Times.

Tafsiran ChatGPT itu turut menyertakan kehadiran seorang wanita muda yang tekad untuk memisahkan keluarga berkenaan. Mengambil dakwaan ChatGPT dengan bersungguh, wanita tersebut memfailkan perceraian.

Ketika ditemu bual dalam sebuah rancangan televisyen Greek, suami kepada wanita berkenaan menceritakan kejadian yang membingungkan itu.

“Isteri saya memang suka benda-benda yang tengah trending. Satu hari, dia bancuh kopi Greek untuk kami berdua dan suka-suka berikan gambar hampas kopi kami untuk ChatGPT tafsir,” katanya.

Berdasarkan tafsiran itu, ChatGPT mendakwa hampas kopi lelaki itu menunjukkan kehadiran seorang wanita misteri menggunakan pengenalan ‘E’ dalam fantasinya. E didakwa telah ditakdirkan menjalinkan hubungan dengan lelaki itu. Berlainan dengan tafsiran hampas kopi wanita itu, ChatGPT mendakwa suaminya telah berlaku curang dengan wanita lain yang ingin menghancurkan rumah tangga mereka.

“Saya hanya ketawa melihat dakwaan mengarut itu tapi isteri saya pula begitu bersungguh percaya. Dia suruh saya pergi, beritahu anak-anak yang kami akan berpisah. Saya juga terima panggilan daripada seorang peguam. Ketika itu baru saya sedar, ini bukan sekadar satu fasa,” jelasnya.

Menurut lelaki berkenaan, dia enggan meneruskan perceraian tersebut namun telah mendapat dokumen rasmi tiga hari kemudian. Katanya lagi, ini bukan kali pertama isterinya terikut dengan perkara seperti itu.

“Beberapa tahun yang lalu, isteri saya berjumpa dengan seorang ahli astrologi. Dia mengambil masa setahun untuk menyedari tiada satu perkara pun yang benar,” tambahnya.

Memetik kata-kata peguam yang mewakili lelaki berkenaan, dakwaan yang dibuat oleh chatbot kecerdasan buatan (AI) tidak mempunyai asas perundangan. Malah, peguam tersebut turut menekankan bahawa suami berkenaan tidak bersalah sehingga terbukti sebaliknya.

Sementara itu, ‘pembaca’ kopi profesional turut bersuara berikutan kejadian ini. Menurut mereka, teknik tasseografi yang sebenar melibatkan lebih banyak perkara dari sekadar mentafsir hampas kopi. Pembaca kopi yang berkemahiran akan mengambil kira buih kopi dan piring cawan kopi yang digunakan.

Sumber: Greek City Times

BACA: Lelaki Tunjuk Macam Mana Tamatkan Semua Episod One Piece Dalam 24 Jam Jam

BACA: Tak Hirau Penat Lelah, Anak Gendong Ibu Lumpuh Ketika Melancong