Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Sumber: History.com

Cuti Hujung Minggu Cuba Dihapuskan Pada 1929

Hannah

Cuti Hujung Minggu Cuba Dihapuskan Pada 1929

Bayangkan jika hari Ahad, hari yang biasa kita nikmati untuk berehat, bersama keluarga, atau beriadah, tiba-tiba ditiadakan. Itulah yang berlaku di Kesatuan Soviet pada tahun 1929.

Ketika itu, kerajaan pimpinan Joseph Stalin cuba menghapuskan minggu tujuh hari yang biasa kita kenali dan menggantikannya dengan sistem kerja yang dikenali sebagai “nepreryvka” atau minggu kerja berterusan.

Bagi pemimpin Soviet, hari Ahad dilihat sebagai penghalang kepada kemajuan industri dan semangat revolusi.

Setiap kali hari Ahad tiba, kilang-kilang terhenti, produktiviti menjunam dan rakyat kembali kepada amalan “borjuis” seperti kehidupan berkeluarga dan upacara keagamaan.

Maka, pada 29 September 1929, sistem minggu kerja tradisional telah dimansuhkan secara rasmi.

Apa itu sistem kerja “nepreryvka”?

Sistem “nepreryvka” menggantikan minggu tujuh hari dengan kitaran lima hari. Daripada semua orang bercuti pada hari yang sama, hari rehat diagih secara berperingkat.

Sekitar 80 peratus rakyat akan bekerja pada mana-mana hari tertentu manakala hanya 20 peratus yang bercuti.

Hari-hari dalam sistem ini ditandai dengan simbol seperti bintang merah, sabit dan tukul, buku serta topi tentera (budenovka).

Setiap pekerja dikelaskan mengikut warna atau simbol yang menetapkan hari cuti mereka.

Menurut History.com, sistem ini bagaimanapun mencetuskan kekeliruan dan ketidakpuasan. Keadaan ini menyukarkan kehidupan keluarga dan memecah-belah masyarakat secara ‘halus’.

Di sebalik alasan ekonomi, niat sebenar reformasi ini dipercayai adalah untuk melemahkan kehidupan beragama dan institusi keluarga.

Sejarawan dan sosiologis menyatakan bahawa ini merupakan cara halus kerajaan untuk memecah-belahkan ikatan sosial melalui jadual yang tidak selari.

Dengan semua orang bercuti pada hari berbeza, peluang untuk berkumpul sebagai keluarga, rakan atau komuniti menjadi mustahil.

Di sisi lain, difahamkan bahawa masyarakat luar bandar seperti petani dan nelayan, masih mengekalkan irama kehidupan tradisional.

Mereka tetap meraikan hari kebesaran agama dan mengambil cuti sebagaimana yang diwarisi sejak turun-temurun.

Kegagalan eksperimen & pengembalian hari Ahad

Setelah 11 tahun mencuba, sistem minggu kerja berterusan akhirnya dimansuhkan pada 26 Jun 1940.

Difahamkan, hal ini kerana mesin-mesin tidak dapat bertahan dengan penggunaan tanpa henti. Produktiviti menurun, dan tanggungjawab kerja menjadi ‘kabur’.

Namun, meski hari Ahad dikembalikan, beberapa ketetapan baru diperkenalkan. Mereka yang lewat lebih 20 minit, tidak hadir bekerja atau meletakkan jawatan tanpa sebab sah boleh dipenjara.

BACA: Amsyar Lee ‘Mendunia’, Nyanyi Lagu Hannah Delisha Versi Jepun Di Sing Asia

Sumber: History.com