Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
malaysia nobel lauret 74
Kredit: MOSTI

Tiga Saintis Muda Malaysia Terpilih Ke Mesyuarat Nobel Lauret Lindau Ke-74

Azizah Najib

Tiga Saintis Muda Malaysia Terpilih Ke Mesyuarat Nobel Lauret Lindau Ke-74

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) – Malaysia sekali lagi mencipta nama di pentas sains antarabangsa apabila tiga saintis muda tempatan terpilih menghadiri Mesyuarat Nobel Laureate Lindau ke-74 di Jerman, yang dijadual berlangsung dari 29 Jun hingga 4 Julai ini.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa mesyuarat tahun ini yang memfokuskan bidang kimia bakal menghimpunkan kira-kira 35 penerima Hadiah Nobel dan lebih 600 saintis muda dari 84 negara.

Malaysia akan diwakili oleh tiga individu, iaitu pelajar Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Sains Gunaan (Kimia Gunaan) dari Universiti Teknologi Petronas Nur Diyan Mohd Ridzuan, 30, Pensyarah Kanan di Bahagian Teknologi Bioproses, Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia Dr Ana Masara Ahmad Mokhtar, 34, serta Pensyarah di Jabatan Kimia Farmaseutikal, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) Dr Mak Kit Kay, 33.

Menurut kenyataan itu, Mesyuarat Nobel Laureate Lindau yang diasaskan pada 1951 bertujuan menggalakkan dialog merentas generasi, disiplin sains dan budaya. Setiap tahun, mesyuarat ini memberi tumpuan kepada satu bidang sains secara bergilir-gilir.

Menurut MOSTI, mesyuarat itu juga berperanan sebagai platform unik bagi saintis muda untuk berinteraksi dengan penerima Hadiah Nobel melalui aktiviti syarahan, perbincangan panel dan sesi santai.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang dalam kenyataan sama menyifatkan penyertaan itu sebagai bukti keupayaan bakat tempatan bersaing di pentas antarabangsa serta selaras komitmen MOSTI dalam membangunkan generasi saintis masa depan melalui pelaburan jangka panjang dalam pembangunan bakat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Kami percaya interaksi dengan pemikir dan penerima Hadiah Nobel akan memperluas horizon para penyelidik muda negara dan memberi inspirasi kepada lebih ramai belia untuk menyertai bidang sains, teknologi dan inovasi,” katanya.

Sementara itu, Presiden Akademi Sains Malaysia (ASM), Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen Tengku Ibrahim berkata saintis muda negara turut berpeluang memperkenalkan hasil penyelidikan dan kepakaran mereka, sekali gus membuka peluang kerjasama dengan saintis di fasiliti bertaraf dunia.

Program selama seminggu itu merangkumi syarahan oleh penerima Hadiah Nobel, sesi perbincangan interaktif Agora, serta perbincangan panel yang menyentuh isu-isu global. Ia turut membuka ruang untuk para peserta menjalin jaringan penyelidikan dan membina hubungan kolaboratif bersama rakan serta mentor dari seluruh dunia.

Sejak 2004, ASM, sebagai badan pencalon rasmi telah mengenal pasti dan mencalonkan saintis berpotensi setiap tahun untuk dinilai oleh Panel Semakan Saintifik Mesyuarat Nobel Laureate Lindau dan hingga kini, seramai 89 saintis Malaysia telah dipilih untuk menyertai mesyuarat tersebut.

Sumber: Bernama, MOSTI

BACA: Doa Ibu Tunggal, Anak Autistik Berjaya Khatam Al-Quran

BACA: Guna Teleskop Dari Rumah, Lelaki Berjaya Rakam Gambar “Dolphin Head Nebula”