Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

“Anak-anak aku, tanggungjawab aku,” Kisah Bapa Tunggal Buat Ramai Sebak
Kehadiran cahaya mata adalah anugerah paling indah dalam kehidupan berumah tangga.
Ramai pasangan yang menanti bertahun-tahun untuk dikurniakan zuriat sebagai penyeri kehidupan.
Saat mendengar tangisan pertama si kecil, hidup terasa lengkap walaupun tidak sempurna.
Namun, tidak semua perjalanan menjadi ibu bapa dilalui dengan mudah.
Ada yang diuji dengan kehilangan anak seawal usia, ada pula yang terpaksa memikul tanggungjawab seorang diri apabila pasangan pergi buat selamanya.
Ketika itu, dunia terasa sunyi, tiada bahu untuk bersandar, tiada suara penenang di saat hati rapuh.
Itulah permulaan kisah seorang bapa tunggal, Khairul Abdullah, yang kehilangan isteri tercinta ketika anak bongsu mereka baru berusia tujuh bulan.
Segalanya berubah sekelip mata, namun Khairul memilih untuk terus kuat, membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.
Ikuti kisah perunding takaful ini yang berkongsi pengalamannya sempena Hari Bapa.
11 tahun lalu aku secara rasmi jadi seorang bapa. Gelaran yang lama gila aku tunggu. Lama aku kahwin takde anak. Macam-macam orang kata sampai aku dah lali dan tak ambil hati dah. Tup tup genap 10 tahun kahwin, dah pasrah dan tak mengharap nak ada anak, Khaleef lahir.
Rezeki Allah nak bagi.
Khaleef lahir di negara asing. Dia lahir pada malam hari ketika salji memutih di bumi Frankfurt. Esoknya jururawat panggil aku menghadap dan dia tarbiah aku mengenai tanggungjawab seorang ayah.
Pastu jururawat ambil bayi dan ajar aku bersihkan berak, mandikan bayi, ajar aku pakaikan lampin dan segalanya. Macam-macam pesanan dia itu ini. Aku angguk tanda aku janji akan buat. Jururawat kata aku kena buat semua ni, isteri aku dah penat mengandung dan bertarung nyawa beranak. Sekarang giliran aku bantu uruskan anak. Baiklah jururawat, saya menurut perintah.
Sejak hari tu, akulah yang mandikan anak, akulah yang tukarkan lampin, akulah yang bangun setiap malam cuci berak tukar lampin dan serah pada isteri untuk susukan bayi. Akulah yang potong kuku bayi yang kecil kemain tu. Seram sejuk seram sejuk nak potong pun.
Keluar anak kedua, anak ketiga, aku jadi cekap yakmat. Isteri aku masih terkial-kial takut nak mandikan bayi, masih takut nak potong kuku anak-anak. Anak-anak sakit demam, aku bersengkang mata jaga anak. Aku paling juara uruskan anak-anak semua. Isteri aku uruskan makan pakai dan rumah dan anak-anak tetap aku uruskan.
Tiba-tiba isteri aku meninggal. Gelap sekejap dunia.
Aku nak anak-anak membesar depan mata aku. Aku dah janji dengan arwah untuk besarkan dengan tangan aku sendiri. Sejak itu aku sedar yang itulah sebabnya aku diajar untuk uruskan bayi sejak awal dulu. Rupa-rupanya sangat besar hikmahnya untuk aku.
Walaupun berseorangan sekarang, aku dapat uruskan semua anak-anak dengan baik. Aku tak rasa kekok atau terbeban, aku gembira sebab dapat uruskan kesemua anak-anak tanpa bantuan orang lain.
Hari ni dah tahun ke-11 aku jadi bapa dan tahun ke-7 aku jadi bapa tunggal. Ini adalah satu perjalanan dan satu pengalaman yang tak ternilai untuk aku. Menjadi seorang bapa ni ajar aku untuk lebih bersabar, lebih kuat dan lebih berusaha demi masa depan anak-anak.
Sekarang anak-anak dah besar. Rindu bau lampin, bau bedak, bau muntah bayi dan bau bayi itu sendiri. Bau bayi ni takde jual kat mana-mana, bau sangat istimewa yang tak tau nak cakap macam mana.
Jadi buat bapa semua, kita bertuah diberikan peluang menjadi seorang bapa. Bersyukurlah.
Selamat Hari Bapa buat semua bapa-bapa tak kira di mana jua anda berada. Terutama buat para suami yang dulu kurus slim dan ada six-pack yang kini bertukar kepada bapa yang tembam dan gendut kerana selalu dipaksa menghabiskan makanan anak-anak. Comel.
BACA: Benarkah “Power Bank” Mudah Meletup? Ketahui Punca Dan Langkah Keselamatan
BACA: Tulisan Tangan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Adik Ini Buat Ramai Kagum
BACA: Kura-Kura Gergasi Galapagos Rai Ulang Tahun Ke-135 & Hari Bapa Pertama Di Zoo
Sumber: Khairul Abdullah