Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
bayi selalu renung
Kredit: Dall E

Kadang Sampai Tak Berkelip, Ini Rupanya Sebab Bayi Selalu Renung Kita

Azizah Najib

Kadang Sampai Tak Berkelip, Ini Rupanya Sebab Bayi Selalu Renung Kita

Kalau anda pernah perasan bayi merenung wajah anda tanpa berkelip, anda tidak keseorangan. Ramai ibu bapa pernah alami situasi yang mana bayi asyik merenung wajah mereka lama-lama. Ada yang rasa seram, ada juga yang rasa comel bila direnung begitu dalam oleh si kecil.

Rupa-rupanya, ada beberapa sebab saintifik kenapa bayi suka sangat tengok wajah manusia.

Menurut laman Public Health Malaysia, terdapat beberapa sebab yang membuatkan wajah kita sering direnung bayi. Antara yang paling utama ialah otak bayi sedang mengalami fasa belajar daripada wajah manusia.

“Terutamanya wajah yang simetri dan mudah diproses oleh mata mereka yang masih baru melihat dunia,” ujar laman berkenaan.

Mengkaji dengan lebih dalam, terdapat beberapa lagi sebab kepada renungan bayi yang SK dapati. Antaranya seperti yang dikongsi oleh Ketua Bersama Sussex Baby Lab, Dr Alice Skelton.

Kenapa bayi suka merenung wajah kita?

Pertama sekali, bayi suka benda yang mereka dah biasa nampak. Kalau anda selalu pegang atau dekat dengan bayi tu, muka anda jadi sangat familiar. Bayi suka mengulang tengok benda yang sudah dikenali, termasuk wajah ibu bapa sendiri. Lebih kerap mereka nampak wajah tu, lebih kuat minat mereka untuk tengok tanpa jemu.

Selain itu, bayi juga sememangnya secara semula jadi penuh dengan rasa ingin tahu. Kalau mereka nampak sesuatu yang baru, mereka akan ambil masa untuk memerhati.

Contohnya, kalau anda pakai cermin mata, bayi mungkin akan renung lama sikit. Mereka cuba ‘belajar’ tentang benda baharu itu dengan hanya memandang tanpa suara.

Bayi juga sebenarnya sedang cari peluang untuk berinteraksi secara sosial. Renungan mereka bukan sekadar tengok kosong, tapi satu bentuk komunikasi. Kadang kala, mereka berharap anda akan senyum, buat muka atau bercakap balik. Itu cara mereka memulakan interaksi, walaupun belum pandai bercakap.

Ada satu lagi sebab yang ramai tak tahu, dipanggil sticky fixation. Bayi bawah empat bulan kadang kala susah mengalih pandangan dari satu objek. Mata mereka seolah-olah ‘terlekat’ dan sukar dialihkan ke arah lain. Fenomena ini biasanya hilang bila usia bayi mencecah tiga atau empat bulan.

Maka kalau bayi anda asyik tenung wajah anda, jangan pelik atau risau. Mereka mungkin sedang belajar, cuba mengenali atau cuma belum boleh alih pandangan. Renungan itu juga mungkin tanda mereka rasa selamat dan suka dengan anda.

Renungan bayi tanda perkembangan otak

Alice turut menerangkan bahawa renungan bayi juga memberi banyak maklumat kepada kita berkenaan perkembangan otak mereka.

“Secara umum, bayi memandang sesuatu untuk belajar tentang dunia di sekeliling mereka. Jadi, apabila kita mengkaji tingkah laku pandangan mereka, kita boleh faham apa yang mereka cuba pelajari. Sebagai contoh, bayi yang baru sedar tentang kewujudan tangan sendiri mungkin akan merenung tangan mereka lama-lama.

“Manakala bayi yang sedang belajar tentang pelbagai ekspresi wajah pula mungkin akan merenung muka anda di dalam bas,” tambahnya.

Sumber: Public Health Malaysia, BBC

BACA: Boleh Angkut Barang Hingga 1.2 Tan, Kenali Dron Kargo Canggih China

BACA: Mudah Nak Guna, Wanita Kongsi Petua Unik Simpan Lengkuas