Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
mat saleh bantu lelaki
Kredit: Liam Richard
Tiada Kategori

Mat Saleh Bantu Lelaki Terkandas Tepi Jalan, Tunda Motor Ke Tempat Selamat

Azizah Najib

Mat Saleh Bantu Lelaki Terkandas Tepi Jalan, Tunda Motor Ke Tempat Selamat

Kehadiran pelancong asing ke Malaysia bukan sekadar untuk menikmati keindahan alam semula jadi, malah ada kalanya mencipta kenangan luar biasa yang tiada tolok bandingnya. Pelbagai lokasi eko-pelancongan seperti hutan tropika, tasik semula jadi dan kawasan pergunungan menjadi tarikan utama pelawat luar negara, termasuk di negeri Perak.

Taman Negeri Royal Belum merupakan antara destinasi pilihan pengembara dari serata dunia yang ingin merasai pengalaman menjelajah kawasan hutan hujan tropika berusia 130 juta tahun itu.

Di sinilah tercetus satu insiden unik apabila seorang pelancong asing bukan sahaja menikmati keindahan alam, malah turut tampil sebagai penyelamat kepada warga tempatan yang dalam kesusahan.

Seorang pelancong dipercayai warga Australia, Liam Richards yang menaiki motosikal berkuasa tinggi baru-baru ini memuat naik detik dia menyelamatkan seorang lelaki warga tempatan yang terkandas berdekatan Royal Belum.

Ketika itu, warga asing tersebut sedang dalam perjalanan ke hutan Belum selepas menikmati pemandangan matahari terbenam di Jambatan Pulau Banding.

“Saya dah melalui jalan ni selama 40 minit. Saya tak pasti sejauh mana lagi kena lalui. Saya betul-betul nak pergi,” ujarnya.

Ketika itulah, pelancong ini ternampak seorang penunggang motosikal warga tempatan yang terkandas di tepi jalan dalam kegelapan.

Biarpun kedua mereka menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi pada mulanya, namun ia tidak menjadi halangan untuk warga asing itu meneruskan niatnya menghulurkan bantuan.

Beberapa kali percubaan untuk menghidupkan motosikal berkenaan menemui kegagalan biarpun segala kemungkinan telah diketepikan seperti kehabisan minyak.

Ketika memberikan bantuan, warga asing tersebut tersedar di kawasan berkenaan tidak mempunyai capaian internet. Keadaan itu mungkin menjadikan penunggang motor berkenaan sukar meminta bantuan.

“Saya boleh tunda awak, lebih baik (macam tu). Kalau awak terkandas di sini, awak tak boleh hubungi sesiapa,” tawar lelaki berkenaan.

Meneruskan perbualan, warga asing berkenaan menyatakan hasratnya ke sana untuk melihat gajah liar.

I’m looking for elephant, but I found you instead,” ujarnya.

Kata-kata mat saleh berkenaan tidak hanya menghiburkan mereka berdua, malah turut mencuit hati warga maya. Ramai yang memuji dan berterima kasih kepada warga Australia tersebut.

Apa yang membuatkan warga maya begitu terharu dengan bantuannya ialah warga asing tersebut sanggup menunda motosikal pemuda berkenaan selama 40 minit sehingga mereka tiba di sebuah kedai makan.

I found you instead. Terima kasih, kami perlukan lebih ramai yang macam kau, mate” ujar seorang warga maya.

“Terima kasih saudara, kami rakyat Malaysia sangat hargainya. Semoga dalam rahmat Tuhan,” titip seorang yang lain.

Tanpa disangka, pemuda yang dibantu warga asing itu turut muncul memperkenalkan dirinya di ruangan komen.

“Saya ni. Terima kasih banyak saudara, saya sangat hargai (bantuan saudara),” ucapnya.

Kemunculan pemuda berkenaan yang dikenali sebagai Amin itu turut menarik perhatian rakan-rakan yang mengenalinya.

Sumber: Liam Richard, UNESCO

BACA: Benarkan Penumpang Kemudi Bot, Pengusaha Bot Akan Dikenakan Tindakan – Maritim Malaysia

BACA: Sofyank Mendunia Lagi, “Shoot” Video Bersama Hero Superman