Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Bernama

Tengku Norhanis Catat PNGK 4.00, Cipta Sejarah Calon CBK Terbaik Kelantan

Azizah Najib

Tengku Norhanis Catat PNGK 4.00, Cipta Sejarah Calon CBK Terbaik Kelantan

KOTA BHARU, 24 Jun (Bernama) – Ketika rakan seusianya belajar dengan penglihatan sempurna, Tengku Norhanis Tengku Othman hanya ada satu mata untuk melihat dunia, namun semangatnya mengatasi batas fizikal apabila memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024.

Lebih membanggakan, Tengku Norhanis turut diumumkan sebagai Calon Berkeperluan Khas (CBK) paling cemerlang di Kelantan dengan memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 dalam peperiksaan itu.

Kejayaan itu ternyata di luar jangkaan anak ketujuh daripada lapan beradik itu kerana menyasarkan untuk memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.7 bagi lima mata pelajaran STPM, iaitu Pengajian Am, Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah.

“Saya hanya sasar 3.7, itu pun saya dah bersyukur, tetapi apabila capai 4.00 saya terus menangis. Allah beri lebih daripada yang saya minta,” katanya kepada pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, di sini hari ini.

Di sebalik kelembutan remaja berusia 19 tahun itu, tersimpan kisah ketabahan luar biasa kerana diuji penyakit kanser retinoblastoma ketika berumur dua tahun, memaksa mata kirinya dibuang bagi menyelamatkan nyawa.

“Saya masih kecil pada masa itu, tetapi saya tahu hidup ini bukan untuk mengeluh. Walaupun belajar dengan sebelah mata, saya tahu tuhan masih beri saya harapan,” katanya yang tidak pernah menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang cita-cita.

Disebabkan keadaan itu, Tengku Norhanis sering berasa sakit kepala akibat tekanan pada mata kanan yang digunakan sepenuhnya untuk membaca dan menulis serta berhenti sebentar untuk berehat dan memakan ubat jika sakit itu datang menyerang.

“Apabila sakit, saya berhenti, rehat dan sambung semula. Kalau saya putus asa di tengah-tengah jalan, siapa lagi yang hendak lawan untuk diri saya?” katanya yang menerima masa tambahan 30 minit sebagai calon OKU.

Anak kepada Gayah Yazid, 61, seorang pesara guru dan Tengku Othman Tuan Yahya, 63, usahawan air berkarbonat itu memasang impian besar untuk menyambung pengajian dalam bidang Pendidikan Tahfiz dan Qiraati di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), dengan harapan menjadi pendidik yang boleh memimpin generasi celik al-Quran.

“Dia anak luar biasa, kami tidak pernah menduga dia mampu raih keputusan sedemikian. Apabila mengingatkan semula kesungguhannya, memang patut dia dapat yang terbaik,” kata Gayah.

Sementara itu, Pengetua SMKA Naim Lilbanat, Ab Raisham Ab Rashid berkata kesemua warga sekolah berbangga dengan pencapaian Tengku Norhanis yang membuktikan bahawa kekurangan tidak pernah menghalang seseorang untuk berjaya dalam pelajaran.

Sumber: Bernama

BACA: STPM: Penantian 10 Tahun Berakhir, PNGK Negeri Sembilan Melepasi Kebangsaan

BACA: STPM: Remaja Autistik Peroleh PNGK 4.0, Jadi Pelajar Terbaik Sekolah