Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Nad Zainal

Ungku Ismail Cipta Aplikasi Power Congak Demi Anak

Azizah Najib

Ungku Ismail Cipta Aplikasi Power Congak Demi Anak

Pelakon dan selebriti tempatan, Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz mencuri perhatian ramai apabila mencipta sebuah aplikasi permainan berasaskan Matematik, Power Congak.

Menerusi temu bual bersama juruhebah radio ERA Sarawak, Ungku Ismail mendedahkan bahawa idea asal tercetusnya pembikinan aplikasi ini semata-mata bagi membantu anaknya membuat latihan Matematik di rumah.

“Mulanya saya buat untuk anak saya sebabnya kita nak latih anak-anak kita ni duduk rumah kena buat latihan. Saja nak bagi dia cergas buat latihan,” ujarnya.

Namun menurut beliau, cabaran yang dihadapi dalam menerapkan nilai ini ialah keperluan membeli buku latihan yang banyak. Justeru, beliau mengambil inisiatif membina sendiri satu aplikasi latihan mudah.

“Jadi apa yang saya buat, saya boleh buat video game,” katanya.

Power Congak merupakan aplikasi permainan yang berasaskan Matematik. Aplikasi ini akan menghasilkan nombor-nombor secara rawak untuk operasi asas Matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi.

Bagi memastikan aplikasi tersebut lebih menarik minat kanak-kanak, Ungku Ismail turut menambah elemen hiburan visual dan bunyian.

“Bila dia buat tu, saya ada masuk muzik sikit, graphic animation cantik-cantik sikit,” tambahnya lagi.

Menariknya, aplikasi yang pada awalnya hanya untuk kegunaan peribadi kini tular dan menjadi permintaan ramai.

“Nad pula pergi post dekat Instagram dia, orang suka, orang nak, saya komersialkan,” jelas Ungku yang merujuk kepada perkongsian isterinya, Nad Zainal di media sosial.

Tambahnya lagi, aplikasi berkenaan kini dilengkapi dengan permainan mini berkonsepkan aksi.

“Dalam tu pun ada permainan mini, tembak-tembak tetapi masih berkaitan dengan Matematik,” kongsinya lagi.

Ketika ditanya berkenaan bidang pengajian yang pernah dipelajari beliau, Ungku Ismail memaklumkan bahawa latar belakang pendidikannya tidak berkaitan dengan kemahiran pembangunan permainan video ini.

Coding permainan video ni saya belajar semasa PKP. Saya memang minat permainanideo v, kita pun cuba belajar kemahiran baru,” jelas beliau.

Sumber: Era Sarawak

BACA: STPM: Penantian 10 Tahun Berakhir, PNGK Negeri Sembilan Melepasi Kebangsaan

BACA: STPM: Remaja Autistik Peroleh PNGK 4.0, Jadi Pelajar Terbaik Sekolah