Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
tun m tanah umno
Gambar: Bernama

Mahkamah Perintah Tanah Daripada Tun M, Tiga Lagi Dipindah Milik Kepada UMNO

Iqbal Yasir

Mahkamah Perintah Tanah Daripada Tun M, Tiga Lagi Dipindah Milik Kepada UMNO

KUALA LUMPUR, (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa memerintahkan agar sebidang tanah berkeluasan 9,723 meter persegi di ibu kota dipindah milik kepada UMNO.

Hakim Roz Mawar Rozain membuat keputusan itu selepas peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili UMNO, memaklumkan bahawa parti itu dan responden (Pendaftar Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan) telah bersetuju menyelesaikan kes tersebut menerusi penghakiman persetujuan.

“Oleh itu, mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan pihak-pihak dan (perletakkan hak tanah tersebut) dalam tempoh 30 hari,” katanya pada prosiding yang turut dihadiri seorang lagi peguam UMNO iaitu Norhazira Abu Haiyan.

Berdasarkan draf perintah persetujuan yang diperoleh media, pemilikan tanah itu didaftarkan atas nama Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Tun Musa Hitam, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid sebagai pemegang amanah, diletak hak dan didaftarkan atas nama UMNO dengan semua hak, kepentingan serta milikan ke atasnya selaras dengan peruntukan Seksyen 9(b) Akta Pertubuhan 1966.

Pada 6 Mac lepas, Setiausaha Kerja UMNO Datuk Mohd Sumali Reduan memfailkan saman pemula bagi memohon perintah bahawa pemilik geran 78154, Lot 40 Seksyen 51, Bandar Kuala Lumpur yang didaftar atas nama empat pemegang amanah berkenaan dipindahkan kepada UMNO mengikut Fasal 27.1 Perlembagaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dan Seksyen 9 Akta Pertubuhan 1966.

Selain itu, UMNO memohon Pendaftar Hakmilik Wilayah Persekutuan atau Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan melaksanakan perintah tersebut dengan membuat memorial di dalam dokumen hak milik.

Menerusi afidavit sokongan, Mohd Sumali berkata berdasarkan Borang Jadual 17, permohonan kebenaran untuk pindah milik tanah bertarikh 27 Okt 2015 bagi hartanah itu yang disertakan dengan Surat Akuan bertarikh 22 Okt 2015 disahkan dan ditandatangani oleh keempat-empat pemimpin.

BACA: Syed Saddiq Lepas, Bebas Daripada 4 Pertuduhan

“Dua pemegang amanah telah meninggal dunia iaitu Sanusi pada 9 Mac 2018 dan Daim pada 13 Nov 2024. Kematian Daim telah diketahui umum berikutan penyebaran berita tersebut di pelbagai platform sama ada luar talian mahupun dalam talian termasuk media sosial, portal berita, surat khabar, radio dan televisyen,” katanya.

Beliau berkata pemegang jawatan UMNO yang terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung UMNO telah bersetuju melalui Surat Akuan bertarikh 10 Dis 2015 untuk mendaftar semula hartanah tersebut daripada pemegang-pemegang amanah terdahulu kepada parti itu.

Mohd Sumali berkata melalui surat bertarikh 28 Dis 2015 daripada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah meluluskan untuk kebenaran pindah milik daripada pemegang amanah terbabit kepada UMNO.

“Bagaimanapun, ketika proses untuk pindah milik melalui Borang 14A bertarikh 25 April 2016 dilakukan dan diserahkan oleh peguam plaintif kepada Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, permohonan Borang 14A tersebut telah ditolak pada 18 Mei 2017 atas alasan nama seperti di dalam geran hartanah adalah tidak sama seperti dalam kad pengenalan,” katanya.

Sumber: BERNAMA