Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
strategi selamatkan anak gagal
Kredit: Fara Hamidi/Gambar AI Dall E
Tiada Kategori

Dulu Gagal “Add Math” Kini Penerima Dekan, Ibu Kongsi Strategi Selamatkan Anak

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Dulu Gagal “Add Math” Kini Penerima Dekan, Ibu Kongsi Strategi Selamatkan Anak

Bagi kebanyakan pelajar, mata pelajaran Matematik, Sains dan Perakaunan sering menjadi cabaran besar dalam menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bidang-bidang ini tidak hanya sebagai salah satu cabang pengkhususan di peringkat sekolah menengah, malah menjadi penentu kepada pelbagai peluang termasuk syarat bagi melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Keputusan SPM lazimnya menjadi rujukan awal untuk menilai hala tuju akadamik dan masa hadapan kerjaya seseorang remaja. Kegagalan dalam satu mata pelajaran teras seperti Matematik kadang kala memberi kesan besar terhadap keyakinan diri pelajar. Begitu juga harapan ibu bapa.

Namun begitu, semua cabaran ini tidak mustahil dapat diatasi dengan perancangan yang betul dan sokongan berterusan.

Itulah yang dilakukan oleh seorang wanita apabila masa hadapan anak gadisnya menjadi taruhan. Ikuti perkongsian Fara Hamidi tentang strategi beliau mengenal pasti keperluan anaknya, sekaligus mencari jalan terbaik demi membuka peluang masa hadapan yang cerah.

Kenali Perwatakan Anak, Kunci Buka Laluan Kejayaan

Anak kedua saya, satu-satunya anak perempuan saya, bunga dalam keluarga.

Dia pelajar sederhana di sekolah. Subjek Matematik hancur. Masuk Tingkatan 4 dia diletakkan di aliran akaun, perlu ambil Prinsip Akaun dan Matematik Tambahan.

Kalau Matematik pun hancur, bayangkan dua lagi subjek mengira tetapi ada satu subjek yang dia sentiasa terbaik di sekolahnya, Bahasa Inggeris.

Semasa perjumpaan tiga penjuru waktu Tingkatan 4, lama kami berbincang dengan guru kelasnya yang juga guru Bahasa Inggeris mereka.

Kami bincang strategi dan hala tuju untuk anak saya ini. Cikgu nampak potensi dalam bidang bahasa dan anak saya juga menyebut dia mahu ambil program English Literature. Masa lapangnya kalau tak melukis, dia akan menulis.

Kalau digugurkan Matematik Tambahan, markah merit akan teruk, tak cukup pakej mata pelajaran yang diambil. Permohonan gugurkan subjek juga tak dibenarkan oleh pentadbir sekolah.

Nak teruskan dengan markah single digit sepanjang masa? Saya tak sanggup nak paksa dia lagi. Tambah pula dengan keadaan kesihatan dia yang kurang baik.

Untuk Matematik dan Prinsip Akaun dia kena bekerja keras sedikit. Kami panggil tutor datang mengajar di rumah. Saya tak hantar ke pusat tuisyen, anak ini introvert. Tuisyen dalam talian pun dia susah nak terima.

Pindah kelas, bukan pilihan yang baik untuk pelajar introvert seperti anak saya. Rakan baiknya ada di kelas akaun. Cikgu yakin adanya rakan yang dia selesa dapat membantu dia belajar berbanding pindah ke kelas lain.

Sungguh saya puji usaha guru kelas anak kedua saya ini. Teliti betul perancangannya dan dia kenal perwatakan pelajarnya.

Hasilnya?

Alhamdulillah lulus semua matapelajaran. Matematik dan Prinsip Akaun lulus. Bahasa Inggeris? Dah tentunya A. Subjek lain alhamdulillah semuanya bagus.

Saya lega sampai menangis waktu terima keputusan SPM anak ini. Menangis macam anak dapat 10A+ haha. Bayangkan betapa leganya.

Saya memang pesan pada anak, pastikan cukup syarat untuk sambung diploma dan kursus yang dia mahu. Dia dapat tawaran ke program diploma di MMU, lupa saya nama program tersebut tetapi berkaitan bidang kreatif dan media.

Dia dapat juga diploma TESL di KPTM. Anak kata bidang kreatif ini dia minat tapi dia tak bercadang jadikan sebagai kerjaya, ini sekadar hobi dan isi masa lapang. Dia mahu fokus kepada bahasa.

Alhamdulillah, dia nampak dan jelas akan hala tujunya. Dapat bezakan antara minat dan kerjaya.

Jadi kami terima tawaran program TESL. Saya dapatkan info daripada rakan-rakan dari bidang yang sama, boleh ke laluan sastera yang diinginkan semasa Sarjana Muda nanti.

Sekarang sudah tamat semester ketiga. Minggu depan dia akan balik ke kampus untuk semester keempat, maka berbaki tiga semester saja lagi.

KPTM ada tujuh semester semuanya termasuk latihan pengajaran (internship) pada semester ketujuh.

Keputusannya? Dua semester berturut-turut Anugerah Dekan. Keputusan semester tiga belum ada lagi. Harap kekal cemerlang lagi.

Dari pelajar pendiam, introvert, kawan boleh dibilang dengan jari, sekarang jadi periang, jadi ketua dalam kumpulan, jadi tempat rujukan kawan-kawan. Dia bersinar bila berada di tempatnya.

Saya ceritakan kisah anak saya ini buat kesekian kalinya kerana saya tahu ramai ibu ayah di luar sana yang risau dengan kemampuan anak sendiri. Risau jika anak tak ada jalan untuk berjaya, risau masa depan anak.

Sebenarnya ada jalan selagi kita berusaha.

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”

Surah Al-Ankabuut, ayat 69.

Didoakan kecemerlangan buat anak-anak tuan puan juga.

Sumber: Fara Hamidi

BACA: Fahami Jiwa Isteri, Saharul Ridzwan Titip Pesan Buat Para Suami

BACA: Tumbuh Subur & Besar, Lelaki Kongsi Rahsia Tanam Bayam Sihat