Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Hampir 400 Mayat Ditemui Bertimbun Di Bangunan Mengerikan
Pihak berkuasa Mexico kini sedang menyiasat penemuan mengejutkan hampir 400 mayat manusia yang ditemui bertimbun dalam sebuah bangunan tidak berdaftar di Ciudad Juárez, berdekatan sempadan dengan El Paso, Texas.
Menurut laporan stesen TV KVIA, sejumlah 383 mayat lengkap dan enam lagi bahagian tubuh manusia yang tidak lengkap telah dikenal pasti di lokasi tersebut, yang disyaki berfungsi sebagai krematorium haram.
Sebahagian daripada mayat itu dipercayai telah berada di situ selama tiga hingga empat tahun, seperti dilapor Daily Mail UK.
Menurut Daily Mail UK, penemuan mengejutkan itu bermula selepas pihak berkuasa menerima maklumat daripada orang awam pada Khamis lalu.
Bangunan tersebut pada zahirnya kelihatan seperti rumah biasa, bukan sebuah kemudahan pembakaran mayat.
Berdasarkan kenyataan rasmi pihak berkuasa Mexico dalam satu sidang media pada Isnin, kebanyakan mayat yang ditemui telah diawet.
Namun, tidak dapat dipastikan alasan mayat-mayat itu tidak dikebumikan atau dibakar seperti sepatutnya.
Siasatan awal mendapati mayat-mayat tersebut datang daripada sekurang-kurangnya enam rumah mayat yang beroperasi di sekitar bandar Juárez.
Difahamkan, keluarga si mati telah menerima ‘abu’ yang kononnya hasil pembakaran jenazah orang tersayang mereka. Namun, mayat sebenar tidak pernah dibakar.
“Pengendali premis ini sering menerima mayat untuk dibakar. Mereka telah memperdaya rumah-rumah mayat beratus kali kononnya akan melakukan proses kremasi,” kata Peguam Negara Negeri Chihuahua, Cesar Jauregui.
Pemilik premis dan seorang pekerjanya kini bakal berdepan pertuduhan atas kesalahan membuang mayat secara tidak wajar.
Pihak berkuasa turut meneliti sama ada terdapat unsur jenayah pembunuhan dalam kes ini. Jika terbukti, lebih banyak pertuduhan akan dikenakan.
Gabenor negeri Chihuahua menyifatkan kes ini sebagai akibat daripada kelalaian dan ketamakan pihak yang tidak bertanggungjawab, yang telah menyalahgunakan lesen dan permit untuk mengendalikan krematorium tersebut.
Difahamkan, premis itu pernah mempunyai tiga lesen sah, namun status operasinya kini masih disiasat.
Penemuan mengerikan ini turut membuka ruang kepada kemungkinan bahawa sebahagian daripada mayat yang ditemui adalah mangsa yang telah lama hilang, terutama dalam konteks bandar Juárez yang terkenal dengan insiden keganasan kartel dan kehilangan migran.
Sepanjang tempoh pentadbiran Presiden Biden, ramai migran yang menunggu untuk memasuki Amerika Syarikat (AS) secara sah dilaporkan hilang atau diculik.
Kerajaan negeri telah membuka proses pengesahan bagi sesiapa yang percaya orang tersayang mereka mungkin antara yang ditemui.
Keluarga juga telah diminta hadir bersama kad pengenalan rasmi serta maklumat seperti pakaian terakhir yang dipakai si mati dan nama rumah mayat yang menguruskan jenazah.
BACA: Wanita Luah Rasa Kecewa, Suami Kerap Keluar “Jogging” Rupanya Bertemu Kekasih Gelap
Sumber: Daily Mail UK