Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
gencatan senjata Arab Saudi
Gambar: AFP

Arab Saudi Sokong Gencatan Senjata Segera Di Gaza, Negara Palestin Dengan Sempadan 1967

Hannah

Arab Saudi Sokong Gencatan Senjata Segera Di Gaza, Negara Palestin Dengan Sempadan 1967

ANKARA, 4 Julai (Bernama-Anadolu) — Arab Saudi menggesa gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza pada Jumaat dan menekankan keperluan mendesak untuk menamatkan “penderitaan dahsyat” yang dialami rakyat Palestin susulan serangan berterusan Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Bercakap pada sidang media bersama Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov di Moscow, Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan berkata keutamaan utama ialah “menghentikan pertumpahan darah di Gaza dan meringankan keadaan kemanusiaan yang mengerikan dihadapi rakyat Palestin.”

Mengenai usaha normalisasi dengan Israel, beliau menegaskan bahawa “normalisasi mesti menjadi sebahagian daripada proses yang lebih luas dan membawa kepada penubuhan sebuah negara Palestin. Tanpa itu, ia tidak akan berlaku.”

Putera Faisal turut mengulangi sokongan tegas Kerajaan Arab Saudi terhadap penubuhan “negara Palestin berdasarkan sempadan Jun 1967,” dan menyifatkan perdamaian sebagai “pilihan strategik” bagi menyelesaikan konflik berdekad-dekad serta menamatkan pendudukan Israel.

Beliau mendedahkan bahawa Arab Saudi sedang berbincang dengan Perancis untuk menentukan tarikh sesuai bagi menganjurkan satu persidangan antarabangsa yang menumpukan kepada penubuhan negara Palestin dan keamanan serantau.

Faisal turut menekankan bahawa dialog dan diplomasi perlu diutamakan bukan sahaja di Timur Tengah tetapi juga di semua zon konflik.

Beliau juga mengetengahkan kepentingan kerjasama berterusan Arab Saudi-Rusia dan memuji pendirian diplomatik Moscow yang konsisten.

Menteri Luar itu menambah bahawa Arab Saudi “bergantung kepada kepimpinan Presiden Donald Trump” untuk membantu membawa rantau ini ke arah penyelesaian muktamad konflik Israel-Palestin dengan mencapai penubuhan negara Palestin.

Perkembangan terbaharu ini berlaku ketika Kumpulan Palestin Hamas sedang meneliti cadangan daripada pihak perantara bagi mencapai perjanjian yang merangkumi gencatan senjata, pengunduran tentera Israel dari Gaza dan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Hamas berulang kali menyatakan kesediaan untuk membebaskan semua tawanan Israel sebagai pertukaran kepada penamatan kempen ketenteraan Israel dan pengunduran sepenuhnya dari Gaza.

Namun, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menolak perjanjian menyeluruh dan sebaliknya mendorong kepada pengaturan terhad yang membolehkan perang diteruskan, satu pendirian yang dilihat sebagai usaha untuk mempertahankan kelangsungan politiknya.

Walaupun terdapat desakan antarabangsa untuk gencatan senjata, tentera Israel meneruskan perang genosid di Gaza yang telah meragut lebih 57,100 nyawa rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak Oktober 2023.

Pada November lepas, Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel turut berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung perang di wilayah itu.

BACA: Bas Bawa 19 Penumpang Rempuh Palang Had Ketinggian

BACA: Lelaki Mengaku Salah Rogol, Lakukan Persetubuhan Luar Tabii Terhadap Wanita Australia

BACA: JAKIM, KDN Perangi Ekstremisme Dalam Kalangan Pekerja Asing – Mohd Na’im

Sumber: BERNAMA