Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Malaysia Perancis gencatan senjata
Gambar: Pejabat Perdana Menteri

Malaysia, Perancis Ulangi Pendirian Gesa Gencatan Senjata & Bantuan Kemanusiaan Di Gaza

Hannah

Malaysia, Perancis Ulangi Pendirian Gesa Gencatan Senjata & Bantuan Kemanusiaan Di Gaza

PARIS, 5 Julai (Bernama) — Malaysia dan Perancis pada Jumaat, mengulangi pendirian kedua-dua negara bagi gencatan senjata di Gaza dan memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan.

Gesaan itu dibuat Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di Istana Elysee, di sini.

Macron berkata beliau dan Anwar bersetuju bahawa gencatan senjata kekal harus dilaksanakan di Gaza serta pembebasan tebusan juga perlu dilakukan.

Presiden Perancis itu berkata penyelesaian dua negara ialah kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu Palestin-Israel.

“Kami sedang bekerjasama dengan beberapa pihak tentang perkara ini, antaranya Arab Saudi. Buat masa ini, Israel perlu membenarkan bantuan sampai ke Gaza,” kata beliau.

Pada sidang media yang diadakan sebelum pertemuan dua hala itu, Anwar memuji Macron atas kesungguhannya cuba untuk menyelesaikan konflik berpanjangan di Gaza.

“Sudah pasti, kita mengutuk serangan bom berterusan dan kekejaman yang dilakukan terhadap orang awam, wanita dan kanak-kanak, dan amat menyedihkan komuniti antarabangsa masih gagal menyelesaikan krisis ini,” kata Anwar.

“Jadi, inisiatif anda kami sokong. Tiada persoalan tentang keamanan, dan sekiranya keamanan menuntut kerjasama daripada kedua-dua pihak, saya bersetuju dengan anda. Sebab itu juga kami komited terhadap penyelesaian dua negara,” kata Perdana Menteri.

Anwar berkata Malaysia turut mengutuk serangan Israel terhadap Iran, dan akan terus menyokong usaha Perancis untuk membawa keamanan di Asia Barat.

“Saya tidak fikir kita boleh menafikan isu penggunaan nuklear untuk tujuan keamanan. Isu pengawalan dan pertambahan senjata nuklear, ataupun tenaga (nuklear), tidak boleh dilihat secara selektif.

“Jika anda katakan tidak kepada Iran, (dan) anda katakan ya kepada Israel, (maka) kita berdepan masalah, kita perlu cuba selesaikannya, namun saya bersetuju dengan anda, kita perlu menekankan kepada Iran supaya menggunakannya (nuklear) hanya untuk tujuan dan kaedah yang aman, dan membenarkan pemeriksaan yang mereka telah berikan komitmen,” kata beliau.

Macron berkata Iran juga mesti dengan jelas menegaskan sokongan terhadap Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear, menarik balik undang-undang yang mengehadkan kerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Presiden itu berkata Iran perlu bersetuju dengan perjanjian yang akan membawa kepada penamatan aktiviti pengayaan uranium di negara itu, sambil membolehkan ia menikmati manfaat daripada penggunaan tenaga nuklear secara aman.

“Perkara ini menjadi tumpuan perbincangan saya dengan Presiden Iran dan juga Presiden Rusia Vladimir Putin, dan pada semalam, dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. Saya akan teruskan perbincangan dalam beberapa hari akan datang dengan anggota Majlis Keselamatan (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) yang lain.

“Kami juga mahukan gencatan senjata serta-merta di Ukraine.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap penduduk awam. Perang pencerobohan yang dilancarkan oleh Rusia ini mempunyai kesan yang jauh melangkaui benua Eropah, sebagaimana yang kita lihat sekarang tentera Korea Utara telah dikerahkan ke tanah Eropah,” kata Macron.

BACA: Arab Saudi Sokong Gencatan Senjata Segera Di Gaza, Negara Palestin Dengan Sempadan 1967

Sumber: BERNAMA