Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Ramai Tak Sedar Tabiat Kecil Ini Buat Gearbox Cepat Rosak
Gambar AI
Tiada Kategori

Ramai Tak Sedar 5 Tabiat Kecil Ini Boleh Buat Gearbox Cepat Rosak

suhaila

Ramai Tak Sedar 5 Tabiat Kecil Ini Boleh Buat Gearbox Cepat Rosak

Ramai pemilik kereta sangka gearbox rosak hanya sebab usia kereta yang makin lama atau kerana jarang diservis.

Hakikatnya, ramai tak perasan ada beberapa tabiat kecil masa memandu yang sebenarnya perlahan-lahan merosakkan gearbox tanpa kita sedar. Lebih malang, kebanyakan tabiat ini nampak remeh dan dilakukan hampir setiap hari.

Namun kesannya perlahan-lahan terkumpul sehingga menelan belanja yang bukan sedikit.

Bila gearbox mula buat hal, bunyi pelik, tukar gear tersentak-sentak atau kereta hilang kuasa mendaki, waktu itu barulah kita kelam-kabut cari bengkel dan mula sedar betapa mahalnya kos baik pulih gearbox.

Malah ada kes, kos tukar gearbox hampir sama dengan harga kereta terpakai. Sampai ada yang terpaksa let go kereta sebab dah tak sanggup menanggung beban kos.

Jadi, kalau anda betul-betul sayang kereta dan poket sendiri, cubalah semak tabiat memandu anda sekarang.

Mana tahu, tanpa sedar rupanya selama ni kita pun sebenarnya penyumbang utama pada kerosakan gearbox yang sepatutnya boleh dielakkan kalau kita lebih peka dan berhati-hati.

Untuk itu, artikel kali ini kami akan kongsikan beberapa tabiat kecil yang ramai pemandu lakukan tanpa sedar tapi sebenarnya cukup bahaya untuk membuatkan gearbox kereta anda cepat rosak.

1. Suka biarkan tangan berehat atas gear

Ramai pemandu kereta automatik atau manual suka sangat meletakkan tangan kat tombol gear sambil memandu. Kononnya gaya nampak cool atau sekadar nak rehatkan tangan.

Tapi sebenarnya, tabiat kecil ini memberikan tekanan yang berterusan pada mekanisme gear di dalam kotak gearbox.

Untuk kereta manual, tekanan dari tangan boleh sebabkan selector fork cepat haus, menjadikan pertukaran gear terasa kasar dan sangkut.

Kalau kereta automatik pula, walaupun nampak tak berbahaya, tangan yang asyik bersandar kat tuas gear boleh mengubah kedudukan linkage gear tanpa sedar.

Lama-kelamaan, ia boleh menyebabkan masalah gear slip. Lepas tukar gear, letak balik tangan kat stereng. Ianya nampak kecil, tapi boleh panjangkan jangka hayat gearbox.

2. Kerap tahan kereta guna gear ‘D’ saja

Tabiat ni sebenarnya ramai sangat yang buat. Terutamanya bila berhenti lama di lampu isyarat atau beratur di drive-thru. Kebanyakan orang lebih suka tekan brek sambil gear kekal di posisi ‘D’ sebab malas nak alih gear ke ‘N’.

Walaupun nampak senang, tekanan dari torque converter yang terus berjalan sebenarnya menyeksa komponen dalaman gearbox.

Lama kelamaan, suhu dalam gearbox boleh naik mendadak. Selain itu, minyak pelincir pun cepat kotor dan haus. Cara yang betul ialah, bila berhenti lebih dari satu minit, tukar gear ke ‘N’ atau ‘P’.

Tak susah pun, cuma ramai anggap remeh. Perbezaan kecil ini lah yang membezakan sama ada gearbox boleh tahan 5 tahun atau 15 tahun.

BACA : Lauk “Frozen” Kekal Segar dan Tahan Lama – Ini Caranya

3. Tukar gear sebelum kereta betul-betul berhenti

Ini antara tabiat paling teruk tapi ramai orang masih buat sebab nak cepat. Contohnya, kereta baru nak berhenti sepenuhnya, pemandu dah tolak gear dari ‘D’ ke ‘R’ untuk undur atau sebaliknya dari ‘R’ ke ‘D’ masa kereta masih bergerak ke belakang.

Tabiat ini membuatkan gearbox terseksa sebab sistem dalaman terpaksa hentikan momentum kereta secara paksa.

Sedangkan brek sepatutnya yang memberhentikan kereta itu. Akibatnya, clutch plate, torque converter dan komponen gear dalaman bekerja di luar beban biasa.

Kalau selalu buat, gear akan mudah sangkut atau rasa tersentak semasa tukar gear. Tunggu kereta betul-betul berhenti sepenuhnya, baru tukar gear. Ini akan memanjangkan umur gear tersebut.

4. Jarang tukar minyak gearbox

Ramai pemandu cukup rajin tukar minyak enjin sebab takut enjin rosak. Teapi bila bab minyak gearbox, ramai yang ambil mudah.

Minyak ATF (Automatic Transmission Fluid) sangat penting untuk kekalkan penukaran gear yang lancar, kawal suhu dalaman dan kurangkan geseran komponen gear.

Kalau dibiarkan terlalu lama, minyak akan menjadi hitam, tercemar dengan habuk logam dan hilang fungsi pelinciran. Kesannya?

Gearbox akan menjadi cepat panas, gear tersangkut atau gear slip semasa memandu. Jangan kedekut untuk menukar minyak gearbox.

Kosnya jauh lebih murah daripada terpaksa tukar gearbox baru. Ikut jadual servis yang biasanya minyak gearbox perlu ditukar setiap 40,000 km atau ikut nasihat pengeluar.

5. Overload kereta melebihi had

Ramai pandang ringan tabiat suka sumbat kereta dengan barang berat atau bawa penumpang melebihi had. Ada yang anggap kereta boleh angkut macam lori, angkat simen, barang pindah rumah dan sebagainya.

Sebenarnya, bila muatan melebihi had, gearbox terpaksa bekerja dengan lebih keras, terutamanya bila mendaki bukit atau memotong.

Gear rendah menjadi cepat haus, suhu dalaman pun naik mendadak. Kalau selalu sangat, memang tak mustahil gearbox cepat ‘kong’.

Kalau terpaksa bawa barang berat, pastikan kereta dalam keadaan baik, guna gear rendah pada masa yang sesuai dan jangan paksa enjin ‘menjerit’ mendaki dengan beban yang berlebihan.

Sedikit langkah bijak ini boleh jaga gearbox dan jimat duit poket kita juga.

Sebagai kesimpulan, gearbox adalah antara komponen paling mahal untuk dibaiki. Sekali rosak, boleh buat kita terpaksa mengeluarkan bajet yang tinggi.

Lebih merisaukan, kebanyakan kerosakan gearbox berpunca dari tabiat kecil yang kita tak pernah sedar selama ni. Jadi, kalau betul-betul sayang kereta, lebih baik ubah tabiat memandu bermula hari ini.

Elakkan tabiat-tabiat remeh yang sebenarnya membuatkan gearbox skereta anda cepat rosak.

Sumber : thegearboxspecialist, automag

BACA : 7 Tip Bijak Pilih Tempat Duduk Kapal Terbang