Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
gpt-5
Gambar: AFP
Tiada Kategori

Bakal Lancar GPT-5, CEO ChatGPT Akui ‘Takut’ & Ini Sebabnya

Hannah

Bakal Lancar GPT-5, CEO ChatGPT Akui ‘Takut’ & Ini Sebabnya

Dalam dunia teknologi yang berkembang pesat, kita sering mengagumi pencapaian terbaharu tanpa memikirkan risikonya.

Namun, apabila individu di sebalik pembangunan kecerdasan buatan (AI) sendiri mula menyuarakan kebimbangan, kita wajar memberi perhatian.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OpenAI, Sam Altman, secara terbuka mengakui bahawa beliau berasa ‘takut’ dengan pelancaran model terbaharu ChatGPT-5 yang dijadualkan pada Ogos 2025.

Model ini dijangka jauh lebih pantas dan hebat berbanding versi sebelumnya, namun kemajuan yang terlalu cepat inilah yang membimbangkannya.

“Terlalu pantas,” – GPT-5 buat Sam Altman rasa tak sedap hati

Dalam satu temu bual di podcast This Past Weekend bersama Theo Von, Sam Altman berkongsi perasaan tidak tenangnya selepas menguji GPT-5.

“Ia terasa sangat pantas,” katanya, bukan sahaja dari aspek keupayaan pemprosesan, tetapi juga perkembangan teknologi AI secara keseluruhan.

Beliau bahkan membandingkan detik ini dengan Projek Manhattan, iaitu projek pembangunan bom atom, yang meninggalkan kesan mendalam kepada penciptanya.

Altman bimbang AI seperti GPT-5 mungkin akan cipta satu perubahan besar, di mana manusia belum bersedia untuk memahami atau mengawal kesannya.

Tidak cukup undang-undang & kawalan

Altman juga mengakui bahawa perkembangan AI sekarang bergerak terlalu cepat berbanding peraturan dan undang-undang yang sepatutnya mengawalnya.

Katanya, pembangunan GPT-5 seolah-olah seperti “tiada orang dewasa dalam bilik”. Ia umpama satu metafora bagi menggambarkan ketiadaan kawalan atau pemantauan sewajarnya dalam pembangunan AI.

Malah, beberapa jurutera yang terlibat dalam pembangunan GPT-5 juga dilaporkan rasa ‘terganggu’ semasa menguji sistem ini.

Mereka mendakwa model itu menunjukkan tanda-tanda seolah-olah boleh berfikir dan bertindak sendiri, seperti ada minda sendiri.

Apa yang GPT-5 mampu buat?

Maklumat penuh tentang GPT-5 masih dirahsiakan, namun laporan awal menunjukkan peningkatan besar berbanding GPT-4. Antaranya termasuk:

  • Lebih pandai berfikir langkah demi langkah

  • Boleh simpan memori lebih lama

  • Boleh faham dan balas pelbagai jenis input seperti teks, suara dan gambar

  • Lebih lancar dan pantas digunakan

Namun, semua kemajuan ini hadir bersama risiko. Altman sendiri pernah berkata bahawa GPT-4 “agak mengecewakan” berbanding GPT-5.

Malah, keupayaan GPT-5 meniru emosi dan logik manusia dikatakan semakin sukar dibezakan daripada fikiran manusia sebenar.

Ini mencetuskan kebimbangan tentang sempadan antara manusia dan mesin.

Langkah ke arah Kecerdasan Buatan Am (AGI)?

OpenAI sejak sekian lama menjadikan Artificial General Intelligence (AGI) sebagai matlamat utama, satu bentuk AI yang mampu berfikir dan bertindak seperti manusia dalam pelbagai bidang.

GPT-5 dikatakan semakin hampir mencapai tahap tersebut.

Altman sebelum ini berpendapat AGI tidak akan mencetuskan kekacauan besar dalam masyarakat, tetapi nada beliau kini lebih berhati-hati.

Sekiranya GPT-5 benar-benar mendekatkan kita ke arah AGI, ketiadaan kerangka global untuk mengurus lonjakan besar ini boleh mendatangkan masalah besar, lapor The India Times.

Tekanan dari pelabur & persaingan sengit

Di sebalik kemajuan teknologi ini, OpenAI dilaporkan sedang menghadapi tekanan besar daripada para pelabur yang mahu syarikat itu berubah menjadi organisasi yang berorientasikan keuntungan sebelum akhir tahun ini.

Microsoft, yang telah melabur sebanyak USD13.5 bilion dalam OpenAI, kini bersaing hebat dengan syarikat lain seperti Google DeepMind dan Perplexity.ai dalam bidang AI.

Terdapat juga spekulasi bahawa OpenAI mungkin akan mengisytiharkan kejayaan mencapai AGI lebih awal daripada sepatutnya, hanya untuk menamatkan kontrak eksklusif dengan Microsoft.

Jika ini berlaku, ia boleh mengubah keseimbangan kuasa dalam industri AI, lapor The Times of India.

Tambah The Times of India, meski ada pihak berpendapat kenyataan Sam Altman hanyalah sekadar strategi pemasaran, tindakannya menunjukkan beliau benar-benar bimbang.

Namun, ketakutan beliau bukan terhadap “AI jahat”, tetapi lebih kepada kemungkinan manusia hilang kawalan terhadap ciptaan mereka sendiri.

ChatGPT-5 mungkin akan menjadi titik perubahan besar dalam sejarah AI moden. Dengan segala kehebatannya, muncul juga risiko dan persoalan besar yang belum ada jawapan.

BACA: Elak Ucap “Tolong” & “Terima Kasih” Kepada ChatGPT, Ini Sebabnya

BACA: Terlalu Ramai Percaya AI, CEO OpenAI Dedah Perkara Mengejutkan Tentang ChatGPT

Sumber: Times of India