Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
tandas cangkung duduk
Gambar: AI/ImageFX

Rupanya Tandas Cangkung Lebih Baik Dari Tandas Duduk, Ini Sebabnya

Nur Erizsha

Rupanya Tandas Cangkung Lebih Baik Dari Tandas Duduk, Ini Sebabnya

Setiap orang pasti ada pilihan sendiri sama ada lebih selesa menggunakan tandas cangkung ataupun tandas duduk.

Tidak dinafikan, tandas duduk dianggap lebih moden, manakala tandas cangkung pula dikaitkan dengan gaya lama.

Namun, tidak ramai yang tahu perbezaan cara penggunaan kedua-dua jenis tandas ini sebenarnya memberi kesan tertentu kepada tubuh badan kita.

Sehubungan itu, hari ini SK ingin kongsikan penjelasan lanjut daripada Hello Doktor berkenaan kesan dan perbandingan antara dua jenis tandas ini.

Pembentukan konsep berak cangkung dan berak duduk

Pada zaman dahulu kala, manusia berak cangkung. Ini berikutan tempat yang menjadi sasaran pendepositan bahan kumuh tersebut kebiasaannya tidak membenarkan seseorang individu itu untuk duduk.

Pada tahun 1596, Sir John Harington telah memperkenalkan alat bagi memudahkan proses defekasi dengan mekanisme pembersihan yang tampak canggih.

Ini memberikan impak terhadap lokasi pembuangan najis manusia dalam usaha bagi meningkatkan tahap ketamadunan sejagat.

Penggunaannya melibatkan 7.5 gelen air memandangkan ketiadaan sistem perpaipan dalam rumah pada ketika itu.

Walau bagaimanapun, konsep tersebut cuma direalisasikan pada tahun 1775 oleh Alexander Cumming. Jamban duduk pula mula digunakan oleh orang awam pada abad ke-19.

Ini bermakna, dalam ruang masa di antara abad ke-17 dan ke-19, jamban duduk sama ada belum dicipta atau ia cuma tersedia untuk golongan kenamaan sahaja.

Bermula daripada saat itu, sistem ini telah ditambah baik sehingga terbentuknya jamban versi moden yang kerap digunakan pada hari ini.

Postur dan proses keluar najis

Perbezaan postur ketika berak merupakan satu perbincangan yang mempunyai kepelbagaian pendapat di antara ahli-ahli akademik.

Menurut mereka, postur individu mempengaruhi tahap pemintalan (kink) pada usus besar.

Ketika rektum dipenuhi dengan najis, ia akan mengalami kontraksi seterusnya menyebabkan otot licin (smooth muscle) pada saluran dubur untuk mengendur.

Secara teorinya, konsep ini akan memudahkan pergerakan keluar najis namun proses ini dihalang oleh tindakan otot puborektalis yang menggelungi struktur rektum tersebut.

Ia akan menarik rektum ke hadapan bagi membentuk satu sudut ketat yang dikenali sebagai sudut anorektal.

Kepentingan sudut ini adalah bagi menghalang pergerakan keluar najis secara rawak sehingga kita sudah betul-betul bersedia. Ia memberikan fungsi kawalan pengeluaran kepada individu terbabit pada waktu yang sesuai.

Bayangkan jika anda berak ketika sedang bermesyuarat, ketika membeli makanan atau ketika sedang berdating. Tak kena pada masanya, betul tak?

Ketika kita sedang mencangkung atau duduk untuk berak, otot puborektalis ini akan mengendur seterusnya meluaskan sudut anorektal.

Ini akan membenarkan pergerakan keluar najis melalui bukaan tersebut. Namun, berbanding dengan duduk, posisi mencangkung akan meningkatkan tahap keluasan sudut tersebut seterusnya memudahkan pergerakan keluar najis.

Produk yang dikeluarkan oleh sesetengah syarikat yang berupa bangku kecil berupaya untuk membuatkan sudut anorektal ketika duduk diperluaskan sepertimana mereka yang mencangkung.

Berak duduk punca masalah buasir?

Anda mesti pernah terdengar perihal mereka yang berak duduk berisiko untuk mengalami masalah buasir, kan?

Ia merupakan satu kenyataan yang seringkali menjadi alat bagi mengukuhkan pendapat mengapa kita perlu berak mencangkung.

Ada benarnya jika dilihat pada konsep anatomi. Namun menurut pakar bedah Rebekah Kim, buat kebanyakan individu, mereka yang berak duduk tidak mengalami masalah tersebut.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2010 oleh Ryuji Sakakibara telah mendapati bahawa mereka yang duduk ketika berak memerlukan tekanan abdomen yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mencangkung.

Dapatan ini selari dengan kajian oleh Dov Sikirov yang menunjukkan mereka yang mencangkung hanya memerlukan 51 saat untuk berak manakala mereka yang duduk memerlukan di antara 114 hingga 130 saat.

Dua faktor tersebut boleh meningkatkan risiko buat mereka yang berak duduk kepada masalah buasir.

Namun, tidak dinafikan bahawa kaitan di antara keduanya masih tidak jelas. Masalah buasir boleh disebabkan oleh pelbagai jenis faktor.

Tidak semestinya masalah buasir seseorang individu adalah disebabkan oleh tabiat berak duduk mereka.

Kajian lanjut perlu dilakukan bagi mengenal pasti hubungan di antara postur dan masalah buasir.

Kesimpulan

Jika anda hendak mengekalkan tahap kesihatan anda pada tahap yang optimum, anda perlu mengambil berat berkenaan dengan posisi anda berak.

Kebanyakan tandas awam sekarang tidak mempunyai jamban mencangkung. Jika anda berada pada situasi tersebut, gunakan sahaja jamban duduk, jangan tahan.

Namun, jika anda ingin membeli rumah, ambil tahu berkenaan dengan jenis jamban yang disediakan bersama rumah tersebut.

Tukar kepada jamban cangkung kerana ia boleh memberikan kepuasan defekasi yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

BACA: RON95 Atau RON97? Mana Yang Lebih Baik Untuk Enjin Anda

BACA: Rupanya Bekas Kaca Pun Boleh Masuk Air Fryer, Tapi Ini Syaratnya

BACA: Cara Sahkan MyKad Dalam Setel Untuk Guna BUDI95

Sumber: Hello Doktor