Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Pulang Selepas Setahun, Gelagat Anggota Malbatt Lari Peluk Suami Buat Ramai Terharu
Biarpun melangkah ribuan kilometer menggalas tanggungjawab demi negara, berpisah dengan keluarga dan pasangan tercinta pastinya berat untuk ditempuhi sesiapapun.
Hari demi hari, rindu yang dipendam kian menggunung, menunggu ‘runtuh’ bertemu insan tercinta.
Itulah momen yang dikongsikan oleh seorang anggota tentera, Koperal Udara Nur Aisah ketika pulang ke tanah air, setahun selepas dihantar ke Lubnan.
“Kami dah habiskan misi di Lubnan, diganti dengan Malbatt 850-13. Saya mula misi pada november tahun lepas. Habis pada tahun ni (Malbatt 850-12),” maklumnya kepada SK.
Menurutnya, pertukaran terakhir kumpulan Malbatt di Lubnan adalah pada 18 November ini.
“Kami chalk 2, 10 November. Chalk 3, 14 haribulan ni. Chalk 4, 18 haribulan nanti,” jelasnya lanjut.
Menerusi rakaman video yang dikongsinya, terukir senyuman diwajah saat bertemu suami tercinta, sejurus mendarat di tanah air pada 10 November lalu.
Difahamkan, pasangan suami isteri ini baru sahaja mengikat tali perkahwinan sebelum berangkat menyertai misi kemanusiaan ke Lubnan.
Lebih manis, kepulangan Kpl U Aisah sudah dinantikan-nanti suami, yang berdiri lot parkir kenderaan.
“Kami harungi panggilan lewat malam, kebimbangan dan perbezaan waktu. Selamat kembali buat kami, suami dan isteri,” luah wanita berkenaan.
Perkongsian video berkenaan mencuri perhatian ramai yang turut terharu melihat penyatuan kedua suami isteri. Malah ada yang turut berkongsi momen serupa di ruangan komen.
“Comel gila lari-lari tu, lepas tu suami terkejut. Ala comel,” ulas seorang warga maya.
“Syok tau perasaan ni bila lama sekali baru nak jumpa pasangan. Pengalaman perkahwinan jarak jauh dengan suami hampir lapan tahun. Hati berbunga-bunga. Rasa macam mula-mula bercinta. Dua tahun dah tinggal sebumbung. Masih di fasa bercinta. Moga sampai akhir hayat,” ucap seorang lagi.
“Saya pun nak lari la kak tapi tak tau lari ke mana,” seloroh yang lain.
Didoakan semoga pasangan muda ini kekal bahagia hingga ke syurga.
Sumber: TikTok ecahkato_